Kisah benar. Walaupun ada unsur-unsur yang seolah olah mengagungkan ketinggian fizikal, janganlah merasa sedih atau pedih kalau kamu tidak berapa tinggi, kerana kisah ini sebenarnya adalah lebih memfokus kepada attitude berbanding dengan physical attributes.
Kejadian ini berlaku bertahun-tahun dulu, ketika aku masih belasan tahun, tapi moralnya akan tetap relevan tanpa mengira masa atau tempat. Begini, pada suatu ketika,tidak lama selepas perodua melancarkan kereta kancil mereka, abah dan emak aku telah membeli sebuah. Dibeli kerana kancil adalah sebuah kereta yang efisien untuk jarak dekat - kecil, maneuverable, dan jimat minyak.
Seperti yang diketahui semua agaknya, kereta yang baru dibeli haruslah di pecut sekali sekala dan dipandu dalam jarak yang jauh sedikit untuk ‘menyihatkan’ enjinnya, tidak terlalu berbeza dengan kita menyihatkan jantung bila berlari atau jogging.
Maka sampailah kancil tersebut, dengan segala isinya, abah, emak dan aku, ke sebuah bandar yang sedikit jauh dengan hometown kami. Destinasi kami adalah sebuah pusat membeli belah, mau beli pizza dari Pizza Hut, Dominoes tak ada di situ, nampak? Aku ini sudah lama didedahkan dengan pengaruh keju sebenarnya.
Anyway, ketika kami berlegar di kawasan parking, sebuah kereta muncul. Aku, berada di seat belakang, dan bila aku menoleh, kelihatan sebuah kereta Honda jenis hatchback dipandu seorang lelaki 40-an, rambut kerinting menipis di tengah dengan seorang perempuan (isterinya) di tempat duduk penumpang.
Abah aku sedang mencari tempat parking, jadi kereta kami bergerak perlahan, tiba tiba kereta di belakang mula membunyikan hon bagai gila dan pemandunya mula bising bising, antara yang aku dengar..."Babi!" Aku pasti abah aku dengar juga, tapi abah tanya aku.."dia cakap apa?" aku membalas “tak ada apalah, cuma bising-bising”
Aku rasa mungkin pemandu berambut kerinting menipis di tengah itu ingat kami ini mahu keluar dari kawasan parking dan memandangkan kami didalam sebuah perodua kancil, dia juga ingat kami ini semua timid, kecut, kecil dan therefore perlahan. Betapa dia tak sedar kesilapannya memang besar.
Kereta Honda hatchback itu memotong dengan marah sambil pemandunya melemparkan lagi jeritan-jeritan sumbang, memecut laju, lalu parking di sebuah spot kosong yg dia temui dalam jarak 100 meter ke hadapan. Kancil kami bergerak melepasi keretanya, selang dalam 3 buah kereta, ada satu lagi spot kosong, dan kami parking di situ.
Abah aku ini masa mudanya dulu pemain ragbi wakil Perak, pasukannya boleh dikatakan telah membawa ragbi Perak ke peringkat yang membanggakan. Sungguh pun sudah bertahun-tahun berhenti aktif ragbi, badannya masih sasa, ditambah lagi dengan ketinggian 6 kakinya, apabila dia berdiri sememangnya dia mendominasi suasana. Tapi of course, seperti aku, dia seorang yang refined dan gentlemanly, physical brute force tidak pernah digunakannya melainkan dipadang ragbi, hal hal lain semuanya diselesaikan dengan reasoning dan perbincangan.
Kami keluar dari perodua kancil yang kecil itu perlahan-lahan. Siapa yang seronok di jerit dengan perkataan-perkataan yang tidak enak didengar? Abah aku berdiri dan memusingkan badannya ke arah kereta Honda hatchback selang 3 kereta sahaja dari kami, matanya memandang tepat ke arah lelaki berambut kerinting menipis di tengah yang juga baru sahaja keluar dari keretanya.
.
.
Tahu apa jadi?
.
.
Lelaki berambut kerinting menipis ditengah, yang kini setelah berada di luar keretanya kelihatan jelas berperut buncit dan berketinggian tak sampai 5 kaki itu berkata dengan suara bergetar dan tergesa-gesa..
“Eh, saya melawak je bang….melawak je bang”
dimukanya terukir satu sengihan paling bodoh aku pernah lihat sepanjang hidup aku. Isterinya berceloteh dibelakang sambil menarik-narik tangannya.
Agaknya si isteri baru mahu menasihati suaminya, sorry kak...dah terlambat, suami kakak sudah jatuh kemaluan.
Mereka masuk semula dalam Honda hatchback mereka, dan meninggalkan kawasan tersebut dengan kelam kabut.
Sampai sekarang kejadian tersebut kekal jelas dalam kepala aku.
Satu, kerana aku bangga dengan abah aku, memang hero, belum keluar sepatah ayat, belum angkat hatta satu jari pun, pihak lawan sudah kalah.
Dua, kerana bagi aku, lelaki pendek berambut kerinting menipis di tengah itu aku bayangkan sebagai embodiment pemanduan bahalul gaya Malaysia dan dia telah di pwned semaksimumnya!
Padan muka! Biatch!!
p/s: have a good weekend everyone!
10 comments:
Major pwnage! Hahaha. This story is one of the few things that has made my weekend.
This reminds me, we should go beat senseless people up senseless again the next time we get together.
Haha. Good stuff.
kelakar la cerita ni, aku suke.
'lelaki pendek berambut kerinting menipis'
Ingatanmu begitu kuat sekali, ye?Hasil daripada garlic cheese nan? :p
Oh, jadi orang tinggi best la...I wish i was a little more taller than i am now..:(
kena pergi gym.
Hahaha...memang betul lah. The small cars selalu kena bullied on the road, kesian mereka.
If I ever decide to buy a small car I should bring you as an accessory lah, LOL. :p
hali munan:
-----------
major pwnage indeed.
yep, we'll do just that one of these days :D
farizzet:
----------
and it's a true story too. it's amazing how funny the truth can be sometimes eh.
hah!:
-----
yep, itulah faedah garlic cheese naan ;) don't overeat though, nanti jadi bulat.
and just relax, let time takes its course and before you know a thing, you're gonna be taller than you are now ;)
takahara:
----------
jom, kena live life healthy!
magenta:
---------
not a problem. i'll gladly tag along...but there will be charges for my security service-lah ;)
181cm valid ke untuk kelihatan ganas?tapi kurus...herm doktor kata aku akan gemuk bila dah kawin...haha
yup,u see....we learn so much on the road...i never use my horn,even if a car purposely sway right next to me just to prevent me from overtaking....oh and it's a kancil
if i remember correctly,i was rushing to the hospital with my sisters because father is undergoing surgery
imagine how i wanna kill the driver,well...when i saw my sisters face..i'm back to my senses...but still i'm on his tail....just to show "i'm not afraid!"
yup i'm stupid and i do learn a lot...this just put my patient to a whole new level
hahaha! sindrom lelaki pendek yang sangat ketara. hahaha! padan muka!
driver malaysia sgt2 bertimbang rase semasa ushar mak nyah and whore kat lorong2 belakang..x caye tryla..korang berenti tgh jln tu setengah jam pon,org blkg x bising punye..
encik 47,boleh tolong masukkan aku dalam list sebelah kanan tu..thank you encik 47...
erm:
-----
boleh saja. bagus bersabar dan belajar dari pengalaman, your patience is commendable.
lalaland:
---------
mungkin juga kan? dah pernah dengar tentang sindrom ini, tapi belum dapat sahkan kewujudannya :)
seseorang:
----------
ok, no problem.
Post a Comment