Inilah pentingnya berinteraksi, minum-minum sambil bercakap-cakap itu bukanlah perkara sia-sia. Kalau primat lain (beruk dan kera) meng-groom sesama sendiri dengan tangan dan jari mereka, manusia meng-groom sesama sendiri dengan kata-kata.
Pertukaran idea dan cerita-cerita memperkayakan dan memberi stimulasi kepada minda. Dan selalunya inilah permulaan kepada idea-idea bernas yg kini telah mengubah dunia kita menjadi lebih baik.
Tadi aku keluar dengan seorang rakan yg boleh tahan rapat, dan kami makan malam bersama sambil bersembang-sembang. Skop perbincangan kami juga agak luas, dari semudah-mudah benda sampailah ke benda-benda dahsyat yang aku tidak akan sebut disini kerana risau kepala kamu meletup.
Anyway, satu idea yang bernas lagi berfaedah timbul dalam perbincangan tersebut dan aku mahu letakkannya disini. Perkara yang baik elok dikongsi bagi kebaikan bersama, kan?
Punca utama idea ini timbul adalah kerana harga minyak yang sentiasa naik dan keinginan aku untuk keluar dari kancah kemiskinan.
Baik. Inilah idea bernas tersebut -Kereta Kucing!
Kucing ada dimana-mana, betul? In fact, aku yakin di Malaysia ini, adalah sangat susah untuk tidak mahu terlihat atau terserempak dengan kucing kerana mereka ada di merata tempat. Ini mungkin salah kita juga, kerana kita tidak ada satu bentuk kawalan untuk haiwan-haiwan seperti anjing dan kucing, biarkan saja mereka membiak ikut suka hati, kadang-kadang jadi kasihan bila tengok kebanyakannya terbiar dan hidup tersiksa.
Jadi daripada asyik rasa kasihan atau setakat menjatuhkan cebisan lauk dari meja makan restoran untuk mereka, aku rasa baik mereka dijadikan sumber tenaga dan sumber kewangan.
The idea is to...bina dan jual kenderaan ala chariot, material pembinaan bergantung kepada kos dan kehendak pengguna, samada high end lengkap dengan bucket seat dan badan carbon fiber atau low end seperti kereta lembu mini dengan badan dari papan sahaja, pilihlah sendiri.
Seterusnya dalam 10 ke 50 ekor kucing akan di attach ke chariot tersebut, lebih banyak kucing lebih mahal lah jadinya kerana semakin tinggi CP (cat power, bukan horse power). Kini anda boleh bergerak pada kos yang rendah kerana hanya perlu bagi mereka makan sisa ikan dari pasar basah, tapi anda masih mampu bergaya sekiranya anda memilih untuk membeli kereta kucing high end yang sporty rekabentuknya.
Dengan setiap pembelian sebuah kereta kucing, anda akan diberi cemeti percuma yang dijamin akan dapat menambahkan kelajuan dan performance kereta kucing anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
This is the best time to say, baka yarou? By the way I can't read the rest. Bakayarou! Sonna koto wa hokukotaeta kunai eh. What does that mean?
nah, this is the best time to bow down to the sheer awesomeness of this idea, any badmouthing will not be tolerated.
i wrote: "bakayarou, sonna koto wa boku kotaetakunai"
now, i'm no japanese and my mastery of the language is nowhere near impressive. but i think it means..
"stupid, i don't want to answer that kind of a question"
Oh damn. Right back on my face. Yeah okay, we shall bow to your brilliance, for there are too many cats around anyways, and they've already been spoilt rotten, not contributing back to the society. Lemme know where to buy one of these eh? I want a purple colored, Ferrari branded, 1500 CP, with power window and leather whip yeah? Thx.
oh please don't.
don't bow to MY brilliance or ME.
to bow to the IDEA, that's ok :)
Ok, order sudah masuk buku, first customer akan dapat, bukan satu, tapi dua whip percuma! ;)
Wo yao yi ge Kereta Kucing,ke yi ma? :P Nak book satu la.
the IDEA is cute. 47 and his kittehs. Ala-ala Santa and his reindeers. Idea saja ye. Kalau idea dah convert jadi action, dah tak cute. :p
Referring to the latest post, janganlah gila dulu. Kalau you gila then sapa nak duduk passenger seat I kalau I beli kereta kecik. Hehehe.
CUTE.. yang amat..
kamu buat aku gelak..heheh..
aku suka kucing!
i want black cat..onegaishimasu!
;p
hah!:
-----
keyi! zhuo wan yi hou, wo da dian hua gei ni hao bu hao! ;)
magenta:
---------
aah, thanks :P my mind is recovering excellently. the voices are still there, but they're less threatening now, and they no longer tell me stuff >:)
ain:
----
aaw, i'm sure you're cute too ;)
kucing kertas:
--------------
meow!
Post a Comment