Aku perlu akui ini adalah cadangan paling comel aku pernah lihat.

Sekonyong-konyong muncul kembali amalan ber-tag dan kali ini aku alu alu kan dengan tangan yang terdepa luas..
Telah di tag sekitar bulan April rupanya oleh Dayana, tapi aku tidak sedar sehinggalah di beritahu oleh salah seorang pelawat blog ini tentangnya (terima kasih). Kemudian di tag oleh Neem dan Magenta. Kalau sudah di tag oleh bukan satu, bukan dua, tapi tiga gadis blogosfera Malaya! dan masih tak mahu layan, aku memang layak ditampar oleh seorang gadis hot (ada?)
Jadi…
Sebelum bermula, haruslah menyatakan peraturan tag:
----------------------------------------------------------
1) Semua blogger harus menyatakan peraturan-peraturan ini dahulu.
2) Setiap blogger harus mula dengan 8 fakta/amalan tentang diri mereka.
3) Blogger yang di tag hendaklah menulis tentang 8 fakta/amalan mereka itu dan menyenaraikan peraturan-peraturan ini. Seterusnya tag pula 8 orang lain.
4) Tinggalkan komen kepada mereka yang di tag memberitahu bahawa mereka di tag dan suruh mereka datang baca blog kamu.
Lapan Fakta (berserta penjelasan yang dirasakan berpatutan)
----------------------------------------------------------------------------------------------
1
Tidak mampu untuk ignore dan jadi amat tak suka bercampur kecewa bila melihat perkara bodoh dilaksanakan orang bodoh. Contohnya, orang memotong barisan, orang bekerja di kaunter tapi muka masam dan kurang ajar, orang buang sampah merata-rata, orang tak tahu flush tandas, etc. Kadang-kadang rasa seperti mahu menghentak tumit ke muka mereka. Mana tidaknya, semua sudah besar-besar belaka, takkan flush tandas pun perlu diajar?! Pathetic betul.
3
Sangat minat sejarah dan kebudayaan dunia. Ini kerana apabila dipandang pada skala besar sejarah manusia dan timeline nya, aku dapat lihat dengan lebih jelas yang sebenarnya semua manusia itu sama pada asasnya, perbezaan warna kulit, bahasa, budaya (tarian, agama, kepercayaan, etc) adalah petty pada skala besar. Kita adalah lebih intertwined dari yang kita sedari, therefore people…appreciate one another, stop hating and start loving!
4
Kebal terhadap senjata wanita. Pernah kenal dengan seorang wanita yang kerap juga menggunakan senjata wanita – air mata. Pada mulanya ada timbul rasa simpati, ambil berat dan lain-lain kesan yang dimahukan si pemegang senjata, tapi akibat terlalu kerap di acah-acah dengan senjata itu, akhirnya aku membuat keputusan untuk menggunakan tempoh perkenalan sebagai latihan mengebalkan diri. Aku berjaya, senjata wanita kini tidak lagi berkesan ke atas diri aku mwahaha..
5
Enjoy emceeing. Sudah beberapa kali menjadi emcee dan menyukai setiap saat ketika menjalankan tugas. Tidak perlu terlalu terlibat dengan perancangan majlis, hanya perlu membuat homework dan memastikan agenda dan siapa orang penting yang bakal hadir, dan juga perlu bersedia untuk melicinkan perjalanan majlis jika ada apa-apa perubahan di saat akhir. Tambahan pula, apabila majlis berlangsung, semua akan mendengar apa yang diperkatakan, cakaplah apa yang mahu, semua orang akan terpaksa dengar dan terima, kalau suruh mereka berdiri dan menari pun mereka akan buat (ini kena betul timing dan settingnya). Dan of course selain dari itu, juga dapat berada dibawah 'cahaya limau' buat beberapa ketika, dan dapat makan percuma.
Ada tattoo kecil di badan. Kalau di luar alam blogosfera, hal ini takkan langsung di dedahkan. Tapi dengan freedom yang ada dalam blogosfera ini, aku dedahkan kebenaran ini untuk kepuasan sendiri -tiada topeng dan selindung. Mendapatkannya beberapa tahun yang lampau ketika lebih muda dan lebih bersifat non-conformist serta benci budaya kambing. Dengan adanya simbol di badan, aku memaksa diri aku untuk tidak menjadi kambing dan meng-assertkan individuality aku. Tapi sekarang agak leceh sebenarnya, aku tidak boleh terlalu bebas untuk membuka baju biar pun di kolam renang atau pantai, even di bilik sendiri jika ada kenalan yang belum cukup rapat dengan aku. Kuasa tattoo ini adalah ia mampu mewujudkan perdebatan, syarahan, pidato dan lain lain yang aku sudah malas mahu engage secara healthy, kadangkala juga mampu membuat penatapnya ternganga dan jadi risau. Doubtlessly, tak perlu risau, aku orang baik. Lebih baik jika risau dengan peragut, perompak, perogol, dan macam macam pe- lagi di luar sana.
I have a soft spot for Chinese girls. Tak tahu kenapa, tapi aku memang macam ini. Kryptonite aku adalah gadis Cina berbaju kurung. Satu-satunya gadis yang aku rasa pernah jatuh head over heels terhadapnya adalah separuh Melayu dan separuh Cina. Dengan senyumannya yang comel, aku rasa terpanggil untuk mulakan conversation dan berkenalan. Biar pun sudah tidak ada apa-apa yang serious, kami masih lagi berkawan (kenapa perlu cakap ini?). Ke ai nu ren, wo hen xi huan ni!
----------------------------------------------------------------------------------------------
Lapan orang lain yang aku tag:
1) Nurul
Aku tetap mahu tag Nurul juga walaupun dia sudah pun membuat tag Magenta. Sengaja mencukupkan syarat dan mahu even dengan Nurul yang telah 2 kali tag aku.
2) AKAB
I know you're busy and all, but do it later anyway when you're free.
3) Sarah
Do it when you're feeling much better, take care.
4) Thinker Bell
Kerana kamu berada di dalam Kotak Pemikiran.
5) Iqanabeera
Kerana mengeluarkan kenyataan "blogsayasudahdikompromibetapahebat".
6) Pourpres
Kerana keluar dari debu, dan memanggil aku Azroy Bin Jeff.
7) Shirley Temple
Kerana hebat.
8) ...sudah kehabisan idea. Siapa mahu volunteer diri?
Kisah benar. Walaupun ada unsur-unsur yang seolah olah mengagungkan ketinggian fizikal, janganlah merasa sedih atau pedih kalau kamu tidak berapa tinggi, kerana kisah ini sebenarnya adalah lebih memfokus kepada attitude berbanding dengan physical attributes.
Kejadian ini berlaku bertahun-tahun dulu, ketika aku masih belasan tahun, tapi moralnya akan tetap relevan tanpa mengira masa atau tempat. Begini, pada suatu ketika,tidak lama selepas perodua melancarkan kereta kancil mereka, abah dan emak aku telah membeli sebuah. Dibeli kerana kancil adalah sebuah kereta yang efisien untuk jarak dekat - kecil, maneuverable, dan jimat minyak.
Seperti yang diketahui semua agaknya, kereta yang baru dibeli haruslah di pecut sekali sekala dan dipandu dalam jarak yang jauh sedikit untuk ‘menyihatkan’ enjinnya, tidak terlalu berbeza dengan kita menyihatkan jantung bila berlari atau jogging.
Maka sampailah kancil tersebut, dengan segala isinya, abah, emak dan aku, ke sebuah bandar yang sedikit jauh dengan hometown kami. Destinasi kami adalah sebuah pusat membeli belah, mau beli pizza dari Pizza Hut, Dominoes tak ada di situ, nampak? Aku ini sudah lama didedahkan dengan pengaruh keju sebenarnya.
Anyway, ketika kami berlegar di kawasan parking, sebuah kereta muncul. Aku, berada di seat belakang, dan bila aku menoleh, kelihatan sebuah kereta Honda jenis hatchback dipandu seorang lelaki 40-an, rambut kerinting menipis di tengah dengan seorang perempuan (isterinya) di tempat duduk penumpang.
Abah aku sedang mencari tempat parking, jadi kereta kami bergerak perlahan, tiba tiba kereta di belakang mula membunyikan hon bagai gila dan pemandunya mula bising bising, antara yang aku dengar..."Babi!" Aku pasti abah aku dengar juga, tapi abah tanya aku.."dia cakap apa?" aku membalas “tak ada apalah, cuma bising-bising”
Aku rasa mungkin pemandu berambut kerinting menipis di tengah itu ingat kami ini mahu keluar dari kawasan parking dan memandangkan kami didalam sebuah perodua kancil, dia juga ingat kami ini semua timid, kecut, kecil dan therefore perlahan. Betapa dia tak sedar kesilapannya memang besar.
Kereta Honda hatchback itu memotong dengan marah sambil pemandunya melemparkan lagi jeritan-jeritan sumbang, memecut laju, lalu parking di sebuah spot kosong yg dia temui dalam jarak 100 meter ke hadapan. Kancil kami bergerak melepasi keretanya, selang dalam 3 buah kereta, ada satu lagi spot kosong, dan kami parking di situ.
Abah aku ini masa mudanya dulu pemain ragbi wakil Perak, pasukannya boleh dikatakan telah membawa ragbi Perak ke peringkat yang membanggakan. Sungguh pun sudah bertahun-tahun berhenti aktif ragbi, badannya masih sasa, ditambah lagi dengan ketinggian 6 kakinya, apabila dia berdiri sememangnya dia mendominasi suasana. Tapi of course, seperti aku, dia seorang yang refined dan gentlemanly, physical brute force tidak pernah digunakannya melainkan dipadang ragbi, hal hal lain semuanya diselesaikan dengan reasoning dan perbincangan.
Kami keluar dari perodua kancil yang kecil itu perlahan-lahan. Siapa yang seronok di jerit dengan perkataan-perkataan yang tidak enak didengar? Abah aku berdiri dan memusingkan badannya ke arah kereta Honda hatchback selang 3 kereta sahaja dari kami, matanya memandang tepat ke arah lelaki berambut kerinting menipis di tengah yang juga baru sahaja keluar dari keretanya.
.
.
Tahu apa jadi?
.
.
Lelaki berambut kerinting menipis ditengah, yang kini setelah berada di luar keretanya kelihatan jelas berperut buncit dan berketinggian tak sampai 5 kaki itu berkata dengan suara bergetar dan tergesa-gesa..
“Eh, saya melawak je bang….melawak je bang”
dimukanya terukir satu sengihan paling bodoh aku pernah lihat sepanjang hidup aku. Isterinya berceloteh dibelakang sambil menarik-narik tangannya.
Agaknya si isteri baru mahu menasihati suaminya, sorry kak...dah terlambat, suami kakak sudah jatuh kemaluan.
Mereka masuk semula dalam Honda hatchback mereka, dan meninggalkan kawasan tersebut dengan kelam kabut.
Sampai sekarang kejadian tersebut kekal jelas dalam kepala aku.
Satu, kerana aku bangga dengan abah aku, memang hero, belum keluar sepatah ayat, belum angkat hatta satu jari pun, pihak lawan sudah kalah.
Dua, kerana bagi aku, lelaki pendek berambut kerinting menipis di tengah itu aku bayangkan sebagai embodiment pemanduan bahalul gaya Malaysia dan dia telah di pwned semaksimumnya!
Padan muka! Biatch!!
Aku sudah berada di muka bumi selama 25 tahun dan nanti sekitar awal Ogos, lengkaplah 26 tahun aku merayau di muka bumi ini. Pandang dari sudut mana sekalipun, umur dan pencapaian dalam hidup memang tidak boleh dipisahkan. Betul? Apa faedah atau kepuasan hidup kalau umur 30 tapi pencapaian sendiri hanya setakat pencapaian budak darjah 3?
Aku ada beberapa pencapaian yang aku boleh banggakan, bukan kebanggaan jenis yang untuk ditayang pada orang, siapa mahu yang itu? aku sudah malas mahu melayan 'orang' dan aku rasa kamu pun sama. Maksud kebanggaan di sini adalah jenis yang memuaskan hati sendiri. Namun, kebanggaan itu semua nampak kecil bila dibandingkan dengan satu perasaan tidak puas hati yang ada dalam diri aku.
Perasaan yang membisikkan ke telinga dan hati aku...
“we’re capable of so much more!”
Yang membuatkan aku tidak boleh settle down atau rasa seronok dengan mudah, dan mungkin juga menjadi penyebab kenapa aku tidak ‘jatuh cinta’ atau menjadi seorang ‘mat jiwang’ atau mahu kahwin cepat, bagus juga macam ini bila aku fikir kembali.
Dalam post tentang migraine, aku ada cerita yang aku bercakap dengan diri sendiri macam ini..
“relax, relax… maybe I’m developing telekinesis”
Ini tipu sebenarnya, bila bercakap dengan diri sendiri, aku tidak pernah langsung menggunakan kata ganti diri ‘I’ atau ‘Me’ atau ‘Aku’. Tapi aku guna kata ganti diri ‘We’ ataupun ‘you’, aku rasa lebih selesa begitu.
Tapi itu semua tidak sepenting kesan perasaan tersebut pada segenap kehidupan aku. Enveloping life entirely, a permeating sense of incompletion yang membuatkan minda aku melompat-lompat macam kera, mencari jawapan dan solution.
Hmm..aku ingin tahu kalau kalau ada orang lain di luar sana yang pernah atau sedang
rasa hal yang sama, kalau ya...apa yang kamu mahu atau sedang buat?