Sunday, April 27, 2008
Jawapan Kepada Diri Sendiri
Kerana Malaysia adalah sebuah 3rd world country. Kita belum cukup maju untuk boleh afford membenarkan sesiapa sahaja menjadi apa-apa yang mereka mahu.
Sigh..
Saturday, April 26, 2008
Creativity
Kejadian ini berlaku masa aku sekolah rendah dahulu.
Ustaz yang mengajar pendidikan agama Islam sudah masuk satu chapter apa entah, lalu dia bercerita pasal arak dengan bersemangat, arak itu minuman syaitan! dosa etc.
Biasalah, sekolah rendah, apa yang cikgu cakap atau cerita akan jadi topik hangat dikalangan pelajar, bersambunglah lagi cerita pasal arak dengan rakan-rakan sekelas. Aku agak yakin, pelajar lain apabila balik rumah, mereka sekadar berfikir atau bercerita sedikit tentang hal itu kepada ibu bapa mereka.
Aku pula balik rumah, aku cuba buat arak. Kebetulan dalam peti ais ada anggur (pada masa itu aku ingatkan kalau arak mesti anggur -sebenarnya kebanyakan beer dihasilkan dari barley, yang anggur itu wine) dan juga ada yeast yang emak aku guna untuk buat donat dua tiga hari sebelumnya, aku ambil dalam sepuluh biji anggur dan blender. Lepas itu aku campur dengan yeast sedikit dan simpan dalam botol yang ditutup.
Seminggu berlalu dan aku kembali ke tempat aku sembunyikan arak ciptaan aku. Rasa teruja apabila memegang botol 'arak' itu, pulas lebih kurang dan penutupnya terbuka.
Kesudahannya, arak ciptaan aku itu aku buang semuanya sebab bau busuk sangat. Macam tak jadi.
The end.
Thursday, April 24, 2008
Pendapat & Pemerhatian
Ini pendapat aku:
Security guards tempatan kebanyakannya adalah bodoh dan bengap. Mereka pakai uniform dan berasa berkuasa lalu melaksanakan kuasa mereka dengan kaedah-kaedah autokratik yang mereka rasa macam pandai tapi sebenarnya hanya meng-amplify lagi kebodohan semula jadi mereka.
Guard bank dan guard kedai emas tolak tepi, mereka itu tak kacau orang, jaga duit atau emas sahaja. Pendapat ini hanya applicable kepada guard-guard yang ada di booth-booth pada pintu masuk institusi institusi pendidikan atau bangunan bangunan syarikat besar.
The end.
Monday, April 21, 2008
Hemicrania

Itu adalah asal usul perkataan migraine, dari perkataan latin hemicrania yang bermaksud separuh (hemi) dan kepala (crania/cranium) bersempena dengan lokasi sensasi kenikmatan pada kepala mereka yang cukup bertuah untuk pernah mengalaminya. Migraine adalah antara keadaan yang paling awal dan lama telah dikenal pasti oleh para tabib dan doktor zaman dulu kala, dari Hippocrates sampailah ke Ibnu Sina, semuanya pernah melaporkan kejadian pesakit mereka mengalami keadaan hemicrania ini.
Di atas itu semuanya fakta, aku dapat dari sebuah buku yang aku baru beli, tentang migraine. Mengapa beli? Kerana aku pun antara mereka yang bertuah. Bukan pening, bukan sengal, bukan berpusing, tapi –sakit. Sakit yang ber-pulsating, macam gelombang yang tak berhenti-henti keluar dari dahi antara dua kening aku. Kadang-kadang bila sakitnya tak terlalu teruk, aku tenangkan diri aku dengan berkata kepada diri sendiri..
“relax, relax… maybe I’m developing telekinesis”
Dan aku akan buka mata dan cuba perhati kalau-kalau ada objek di sekeliling aku yang terapung.
Semuanya bermula ketika aku berumur 16 tahun, di sekolah menengah ketika itu. Cuaca panas terik tahap gaban dan kipas dalam kelas pula tak berfungsi. Cikgu sedang bercakap di depan, tapi yang aku dengar hanya..”bla bla bla bla…” dan tiba-tiba…blip, blip, blip
Wah, aku fikir otak aku ada kebolehan luar biasa yang baru muncul, atau pun aku ini sebenarnya the last son of krypton dan kini sedang mencuri dengar transmisi dari kapal perang US yang ada di entah mana mana. Blip, blip, blip…dang..danG..daNG….dANG…..DANG! DANG!!
By that time, aku tahu aku ini bukannya the last son of krypton. Rasa seperti ada tukul yang sedang mengetuk dahi aku dari dalam tengkorak, pukulannya kuat, sekata dan mempunyai interval yang uniform. Aku tahan, tangan aku memegang penjuru meja kiri dan kanan, dan kepala aku tundukkan, seluruh otot badan terasa tegang, mahu bercakap pun susah kerana aku rasa kalau aku buka mulut walaupun sedikit, aku akan termuntah.
Aku angkat muka, toleh ke kanan dan nampak rakan yang duduk di meja sebelah, mukanya terkejut, katanya muka dan mata aku merah tambahnya lagi- ingatkan dah jadi the incredible hulk. Aku fikir dalam hati…hmmph baguslah, tadi the last son of krypton, sekarang sudah jadi the incredible hulk.
Keadaan sama berulang , setiap hari, lebih kurang pada waktu yang sama, mulanya dalam pukul 11.30 pagi, mencapai kemuncak dalam pukul 1-2.00,perlahan-lahan berkurang dan akhirnya berhenti dalam pukul 4.00 petang. Hari hari itu semuanya menjadi lebih bearable dengan Milidon 500, itu lah teman setia aku pada masa itu dan bertuah juga aku, lepas 3 minggu asyik bertukar jadi makhluk merah bergelombang di dahi, aku akhirnya hilang kebolehan tersebut.
Setelah bertahun-tahun lamanya, aku sendiri pun tak sangka, lebih kurang dua minggu lepas, kebolehan ini telah kembali!
Tapi aku kini tidak lagi bertukar menjadi makhluk merah, cuma menghasilkan gelombang di dahi saja. Berpadananlah dengan umur yang dah meningkat kepada..err..56 tahun, aku kini mengambil Milidon 650 untuk meng-suppress kebolehan menghasilkan gelombang ini. 2 minggu yang lalu aku rasa memang seperti neraka, no no..bukan catatan pendek dari neraka, tapi neraka penyiksaan mental.
Aku memang sudah tahu sebelum ini yang migraine ini banyak trigger, antaranya makanan seperti coklat, keju dan minuman seperti kopi, teh, wain, dan bir. Dalam buku yang aku baca ini, aku discover satu lagi trigger yang aku tidak pernah tahu –ayat terakhir dalam perenggan ini memang menangkap perhatian aku.
“Irregular meals, dieting or a long lie-in can provoke a migraine and some people also believe that close, thundery weather can cause them to have an attack. Or a change in the weather, say from a heavy shower of rain to sudden bright sunshine”
Haih…
p/s: kawasan tempat aku tinggal sekarang cuacanya berubah dari ekstrim panas ke ekstrim hujan ribut petir, so far setiap hari, bermula lebih kurang 2 minggu lepas.