Ok, aku sudah lama tak menghasilkan nukilan yang macam berguna. Baru baru ini nukilan aku semuanya mudah, ringkas dan hanya menjadi medium untuk aku meluahkan ketidakpuasan hati dengan senario dan isi kandungan media sekarang. Memang sial The Mal-tricks, siapa-siapa yang belum bangun, tolong lah, aku merayu, for your own goodness sake, sila lah buka mata.
Haaa…tengok. Kan dah mula meluahkan ketidakpuasan hati lagi. Nukilan ini sedikit berbeza dari yang banyak banyak di bawah ini, kerana pada hari ini aku rasa terpanggil mahu berkongsi satu info yang bukan sahaja berguna, tapi juga lazat!
Begini, aku seorang yang boleh tahan familiar dengan makanan-makanan Penang, dan bagi aku Penang memang syurga makanan Malaysia. Kalau mahu makan sedap tanpa dikenakan bayaran cekik darah, silalah ke Penang. Antara makanan trademark Penang -tidak lain dan tidak bukan, the famous Nasi Kandar. Cukup berjayanya nasi kandar ini sehinggakan ia telah dieksport ke merata negara, sampai ke tahap dimana ada outlet-nya yang mampu berada dan survive dengan sihatnya di Beverly Hills Malaysia, siap bersebelahan dengan Irish bar lagi (yang kadangkala ada muka-muka familiar didalamnya haha).
Bau kari yang mengiurkan, sotong goreng yang rangup lagi manis, ayam goreng special yang tender dan bersalut rempah….TAPI! nanti dulu, jangan suap masuk ke dalam mulut dulu…dengar apa yang aku nak sampaikan…
Ada satu fatal flaw dengan nasi kandar di kawasan luar Penang ini. Semuanya layan-diri, apa jenis lauk kamu mahu, apa jenis kuah kamu mahu, ambil sendiri, mamak yang ada cuma akan mengira bil. Ini sudah salah, sudah melanggar rukun nasi kandar!
Sini biar aku ceritakan pengalaman aku, beberapa tahun yang lepas aku berada di utara, jadi aku banyak menyampel makanan-makanan sekitar Georgetown, Butterworth dan Sungai Petani, Kedah. Antara yang regular di menu aku adalah nasi kandar, dan pada masa-masa hujung stay di utara, aku selalu ke sebuah restoran nasi kandar yang biar pun di luar Penang tapi masih mengekalkan kesedapan dan rukun-rukunnya.
Rukun utama nasi kandar adalah ini; Kamu cuma cakap mahu lauk apa, mamak yang sediakan nasi kamu akan ambil lauk dan..di sini kuncinya ya…menuang beberapa kombinasi kuah ke atas nasi kamu. Lauk tertentu sesuai dengan kuah tertentu dan rasa kuah tersebut kemudiannya akan di-compliment dengan satu/beberapa lagi jenis kuah pelengkap.
Perkara ini disahkan oleh mamak tua yang menyediakan nasi aku di Sungai Petani. Ini kerana pada satu tempoh masa setelah aku menjadi regular customer, dia hilang sementara dan tempatnya diganti oleh orang lain, terus out rasa nasi kandar yang selama ini begitu sedap.
Jadi sekembalinya dia, dan selepas melahap sepinggan lagi nasi kandar sedap, aku terus bertanya.
“Kenapa bila mamu takdak, nasi rasa lain?”
-“Oh, itu orang baru belum pandai campur kuah..”
“Ada cara campur ka?”
-“Ada, ada, campur kena betul, baru rasa ok”
Lalu dia beri aku satu contoh, yang aku akan kongsikan bersama kamu hari ini, memandangkan aku suka pilih ayam masak kurma dan telur sotong ketika menikmati nasi kandar, maka contohnya pun berkenaan lauk pilihan aku lah..
“Contoh, kalau kuah kurma, mau kasi sedap, campur sikit kuah daging”
Yaa...itu dia tuan tuan dan puan puan, satu kombinasi yang didedahkan mamak tua! Nasi kandar akan lebih lazat rasanya jika kamu campurkan kuah kurma dan kuah daging (warna gelap). Jadi sudah pasti ada kombinasi-kombinasi lain, mungkin kari ikan, bagi penggemar ikan, sedap dicampur dengan kari kambing? Itu semua terpulanglah kepada kamu untuk menyiasatnya sendiri.
Jadi ingat, lain kali apabila kamu singgah restoran nasi kandar, jangan langgar rukun nasi kandar! dan jangan lupa kombinasi yang aku kongsikan di sini.
Selamat mencuba.
*lagi cadangan