Aku harus akui aku rasa orang yang sudah figure out bagaimana mahu menjalani kehidupan dari awal, biar pun kadangkala hidup safe begini tampak membosankan, adalah bertuah.
Entah macam mana, bagi mereka hidup nampak lebih ringkas, ya semua orang melalui kesusahan, tapi sekurang-kurangnya hidup mereka ini adalah lebih
straightforward. Tanpa belok-belok atau berhenti sana sini... tanpa berfikir dua kali, terus berjalan dan semuanya mengalir lancar.
Hmm...samada ada resipi untuk menjadi begini atau
simply, mereka bertuah.
Sudah hukum alam, semuanya sentiasa berada dalam keseimbangan. Bagi setiap sesuatu pasti ada
opposing side-nya. Yin dan Yang, proton dan elektron, laki dan perempuan, Tuah dan Jebat, Bart dan Lisa etc..
Kalau wujud golongan manusia
straightforward, pasti ada golongan manusia yang tidak begitu, bahkan mereka adalah
the exact opposite, sentiasa merayau ke sana-sini.
Aku rasa aku adalah golongan merayau.
Kamu golongan mana? dan kalau kamu macam aku, mari kita berkongsi pendapat, apa yang harus kita buat sekarang?