Friday, April 18, 2008

Hidup!



"...so at 79, Jack proves it's never too late to chase your dreams"

Terburuk!

Alam semesta ada peraturan dan keseimbangan. Yin yang, hukum Newton ke-3, karma, semuanya me-reflect keseimbangan ini.

Jadi, kalau ada yang terbaik! pasti ada yang terburuk!


Have a nice day.

Thursday, April 17, 2008

The Bag Tag

Di tag Magenta tempoh hari, tapi asyik biarkan, bukan malas nak layan atau apa tapi sebab tak ada bag yang macam sesuai. (dan juga sedikit sibuk)


Ada bag pack yang besar, dalamnya ada pakaian dan lain-lain keperluan.

Ada beg toiletries, dalamnya...ada barangan toiletries lah.

Ada beg kertas dan fail, dalamnya ada kertas-kertas dan fail -of course.


Then ada beg ini, yang aku rasa macam ok kalau nak libatkan dalam The Bag Tag ni.



bag hitam dengan dua compartment, satu besar, satu kecil (nun di bawah sana)




dalam compartment besar ada ini (sudah lama berkhidmat dengan setia)




body shot





dalam compartment kecil pula ada ini, bukti gitar ini pernah teman aku masuk ke dalam kawasan SARS satu masa dulu



The end, nanti aku akan tag lagi beberapa orang, dah ada target-target tertentu ni.

Wednesday, April 16, 2008

Dewa Zeus Naik Angin



Itu lah...

bawa lagi kereta macam haram,
potong queue sesuka hati lagi,
buang sampah merata-rata lagi,
tak pernah nak ada effort untuk faham apa itu courtesy,
jaga kaunter tapi berlagak macam raja/permaisuri lagi,
hukum semua orang lain macam diri sendiri itu wali/hakim lagi,
tak cuba cari apa itu sexual education tapi nak buat sex juga...buang bayi lagi,
..
..
etc

Nah, Dewa Zeus dah naik angin, lepas lunch hour saja, Zeus akan mula mencari dan memanah, habis semua benda ditiupnya sampai terangkat nak cari bahalul-bahalul.

Padan muka.

*applicable untuk kawasan sekitar KL

Friday, April 11, 2008

Ana Fenin

Aku pun hairan kadang-kadang kenapa aku maintain blog ini, siap ada masa-masanya aku tulis panjang-panjang dan dengan bersemangat, tapi semuanya aku buat secara anonymous, padahal bukannya ada orang buru aku pun, tak ada juga yang berdendam.

Gambar sendiri pun tak ada, nama betul pun tak ada, latar belakang pun tak ada.

Ok, aku sekarang sedang sakit kepala, agaknya migraine zaman dulu-dulu sudah kembali, tak ada idea dan sibuk. (tak apa, aku sudah beli ubat, Milidon 500, berkesan)

Aku juga rasa aku mahu tamatkan anonymity di sini, at least bila ada orang baca post-post aku yang ada idea macam bagus, muka dan nama aku akan dikenang (tak tahulah apa faedahnya ini).

Baik, nama aku adalah Azroy Bin Jeff.

Latar belakang aku - dengarlah cakap-cakap yang sedang tersebar sekarang, yang kata bloggers ini semuanya housewives bosan -kerana memang betul, cuma bezanya aku ini bukan housewife, tapi househusband.

Cerita pasal berkenalan dengan perempuan dulu, itu semua tipu, cerita aku ini muda, itu semua tipu, cerita aku senaman dan jadi fit, itu tipu, cerita aku ini single, itu pun tipu.

Sebenarnya, aku sudah lama berkahwin dan hidup ditanggung isteri -seorang datin, dan aku juga ada 2 anak remaja dan satu anak kecil yang sentiasa memeningkan kepala aku.

Ini rupa sebenar aku:


Terima kasih.

Fever!

Saturday...


Caturday...

Thursday, April 10, 2008

Batman

Sebenarnya aku rasa sedikit bersalah kerana meletakkan gambar Batman dan Robin di sini tempoh hari, gambar yang mampu menggugat kredibiliti Batman.

Atas rasa tanggungjawab, aku telah berusaha dan akhirnya dapat maklumat yang penting bagi proses healing bermula.

Aku sudah minta maaf dengan Batman, kalau kamu semua nak penjelasan mengenai spekulasi tentang jenis hubungannya dengan Robin, bolehlah terus contact dia sendiri....dia ada di Singapura.



Alamat dan nombor telefon carilah sendiri, kena rajin sikit, jangan malas.