Thursday, February 21, 2008

LelakiPukul: Musuh Dalaman

Ini adalah reviu (apa review dalam bahasa Melayu?) untuk sebuah buku yang aku baru habis baca. Buku ini dibeli kerana kepala otak aku meraung mahukan bahan fiksyen untuk dicerna, mana tidaknya, rutin kehidupan manusia yang sama dan berputar lagi dan lagi adalah membosankan. Melainkan kamu tidak ada satu rutin tetap, atau pun hanya mengikut rutin sampai ke satu tahap lalu mengubahnya cepat-cepat. Kalau kamu begini, aku ucapkan tahniah! Banyak orang di luar sana cemburu dengan kamu.

Buku ini ditulis oleh William C.Dietz, penulis yang sama yang menulis buku Halo: The Flood yang menjadi bestseller tak lama dahulu (aku tak pernah baca Halo: The Flood - maklumat ini muncul pada muka depan Hitman: Enemy Within).

Kalau movienya boleh tahan mengarut dan terpesong dari jalan cerita sebenar, maka buku ini pula adalah jauh lebih baik kerana tidak tersasar jauh dari sumber asalnya.

Dalam buku ini, The Agency akan dijelaskan strukturnya, ahli-ahli tertingginya diperkenalkan, hatta Diana pun di-deskripsi-kan dengan jelas rupa dan sifat-sifatnya.

Cerita bermula apabila ada seorang jutawan Greek yang juga ahli tertinggi The Agency jatuh akibat masalah kewangan yang besar. Masalah ini memaksanya untuk meminjam wang dari kenalannya yang juga seorang jutawan berbangsa Perancis, tapi malang sungguh nasib si jutawan Greek ini kerana rupa-rupanya jutawan Perancis ini adalah ahli sebuah organisasi bernama Puissance Treize.

Puissance Treize telah lama bermimpi untuk menjatuhkan The Agency dan membolot segala bisnes dan aset The Agency. Maka si jutawan Greek telah dipaksa untuk membocorkan maklumat dalaman sebagai tukaran bagi bantuan kewangan yang sangat diperlukan bagi mengelak diri dari muflis. Maka lahirlah seorang musuh dalam selimut The Agency.

Maklumat yang dibekalkan akhirnya mula memberi impak apabila salah satu misi The Agency gagal. Ejen terbaik The Agency, 47, yang telah dihantar untuk menghapuskan seorang tokey kongsi gelap secara sulit, tiba-tiba telah di 'nanti' ketibaanya oleh kongsi gelap tersebut.

Tembakan bertalu-talu dilepaskan oleh ahli kongsi gelap tapi ternyata 47 lebih pantas, dia bergolek ke belakang dinding. Tangannya menyeluk ke dalam kot, dan dua Silverballer yang telah lama berkhidmat setia dikeluarkan. Matanya dipejam sesaat, kedudukan setiap musuh pantas diimbas kembali oleh otaknya. Mata dibuka dan zass! 47 meluncur keluar dengan dua Silverballer ditangan....
.
.
.
.
Verdict
-nya:

~3.8 dari 5

Kerana bahagian pertengahan sedikit membosankan bagi aku. Tapi mukadimahnya dan penutupnya memang bagus!

Sekiranya buku ini dipecahkan kepada tiga bahagian dan diberi rating secara berasingan, jadinya macam ini:

---------------------------
1/3 pertama: 4.5 dari 5

1/3 kedua: 3 dari 5

1/3 akhir: 4.8 dari 5
----------------------------

Tamat.

Tuesday, February 19, 2008

Aku Baru Beli

Aku cuma mahu berkongsi satu perkara bagus yang berlaku hari ini. Perkara itu adalah ini:

Sesudah dua tiga kali berpusing-pusing sekitar meja jualan, akhirnya terpaksa juga aku membeli jurnal ini kerana sudah terpikat dengan rupa bentuk dan sifatnya yang kelihatan sungguh klasik. Boleh tahan juga kuasa tarikan buku-buku yang kelihatan klasik macam ini. Pernah rasa tarikannya?

Kulit hadapan dan belakang keras berwarna hitam dengan hiasan warna emas, di hadapan sebelah atas dan di sisinya pula tertulis "Personal Journal ~for inner reflections". Rupa luaran sudah bagus, isi kandungannya belum tentu lagi. Harapnya nanti banyaklah buah fikiran, perancangan penting dan macam-macam lagi hal yang mampu membuatkan hidup aku lebih bermakna dicatat ke dalam.

Monday, February 18, 2008

Kena Tag

Nampaknya aku telah di-tag oleh cik Nurul. Banyak-banyak manusia yang ada blog, aku antara yang dipilihnya, bertuah betul (atau tak bertuah, bergantung kepada konteks kata cik Nurul).

Jadi, kita mulakan dengan peraturan yang harus dipatuhi sekiranya kamu di-tag: (ya, harus dipatuhi, kalau tidak dipatuhi ada pelbagai sumpah dan jampi menanti...takut woo)

------------------------------------------------------------------------

1) Berikan LIMA pautan (link) yang selalu dilawati.

2) Tag lagi LIMA manusia di luar sana.

3) Aku faham kamu kemungkinan besar ada laman-laman X-rated yang digemari, tapi maaf ya, laman-laman sebegitu tak boleh dimasukkan ke dalam lima pautan kegemaran.

4) LIMA manusia yang telah di-tag hendaklah dimaklumkan bahawa mereka telah di-tag.

5) Akhirnya, wujudkan satu pautan aktif (active link) untuk orang yang telah men-tag kamu.

-------------------------------------------------------------------------


Pautan ke LIMA laman yang aku selalunya lawat, tapi bukan disusun dalam aturan kekerapan aku melawat mereka:

1) TiubKamu. Macam-macam benda boleh didapati dari sini, maklumat, hiburan dan sebagainya.
Kalau rasa nak dengar lagu, ada ini. Kalau kamu kaki menari dan nak menguasai 'dance floor' ketika di kelab malam pada hujung minggu, ada ini. Letih di pejabat? Ada ini.

2) Berita Geografik Kebangsaan. Hal-hal terkini tentang topik kesukaan aku, budaya dan sejarah manusia, sentiasa ada di sini.

3) BukuMuka. Ada banyak gambar muka aku di sini, semuanya di ambil sendiri dari sudut yang sama setiap kali, kamera di pegang tinggi dan disasarkan kebawah pada sudut 45 darjah ke arah muka. Gambar-gambar ini semuanya nampak hampir sama, tapi aku variasikan warna-warna mereka supaya tampak lebih memikat. Best kan?

Tujuan utama aku ke BukuMuka adalah untuk terus berhubung dengan dan mengetahui cerita terbaru semua rakan lama yang sekarang berada entah di mana-mana.


4) SayaBolehDapatBurgerKeju. Laman yang tak pernah gagal membuatkan hari aku menjadi bertambah ceria dengan senyuman dan kadangkala ketawa hilai orang gila. Nanti bila sudah ada tempat yang lebih sesuai, pasti aku akan bela seekor kucing seperti dulu.

5) Kamus Warisan Amerika. Kerana tiada siapa yang tahu semua perkataan bahasa mat salleh, termasuklah mat salleh itu sendiri pun. Jadi kalau rasa tersangkut ketika membaca buku atau menonton rancangan atau cerita yang mediumnya bahasa mat salleh, datanglah ke sini.


Habis. Itulah LIMA di antara laman-laman web yang aku selalunya lawat.



Sekarang, mereka ini adalah LIMA orang yang aku pula tag:

----------------------------------------------------------------

1) AKAB (saja, kerana aku mahu lihat, adakah seorang anarkis akan ikut peraturan tag?)

2) Lucius Maximus (kamu anarkis juga ke?)

3) Gee Wheez (saja-saja juga, kerana mahu kenal personaliti yang berani kerana benar ini. Jadi mulakan dengan berkongsi pautan)

4) Perempuan Jomblo (kerana layout kamu yang cantik dan menawan)

5) Thinker Bell (kerana kamu kawan Peter Pan)

----------------------------------------------------------------

Nah, orang-orang yang aku telah tag. Mungkin ada di antara kita nanti yang akan berkongsi pautan yang mana isi kandungannya sangat bermakna sampai ke tahap di mana apabila pengunjungnya membaca/menonton/mendengar, mereka mencapai nirvana.

Kalau perkara macam ini berlaku, maka aku rasa tenaga yang aku curahkan untuk post tag ini adalah berbaloi.

Friday, February 15, 2008

Persoalan

Perkara yang aku telah lama bermain dalam kepala aku. Mungkin juga boleh dikatakan cerita lapuk, tapi isu ini adalah sangat 'real' dan mungkin juga akan berlaku lagi di masa hadapan.

Kali pertama aku dapat tahu tentang hal ini, aku rasa terkejut dan leceh. Teringat akan kata-kata Thomas Jefferson yang aku pernah baca dahulu.

"Religion -religion of any kind- in the hands of power can be the worst kind of tyranny"



Agama, jenis apa sekalipun, apabila di dalam tangan yang berkuasa mampu menjadi sangat kejam. Macam itu lah lebih kurang maksudnya dalam bahasa Melayu.

Apa pendapat kamu? Setuju atau tidak?

Thursday, February 14, 2008

Gambar Selingan

Nampaknya semenjak dua-menjak ini, di blog ini hanya penuh dengan tulisan. Ini perkara yang sangat bagus, nampak jelas idea sedang datang mencurah-curah.

Tapi biarlah berapa banyak perenggan pun aku baca, aku sebenarnya tetap sukakan gambar kerana kadangkala bagi aku gambar dapat menjelaskan hal hal yang susah untuk diungkapkan dalam kata-kata. Ambil icanhascheezburger sebagai contoh, gunakan kuasa intelek untuk menentukan yang mana lagi bermakna. Baca cerita lawak kucing atau tengok gambar aksi gelagat kucing?

Maka di sini aku selitkan satu gambar bagi mengisi kehendak aku yang tak mahu blog ini penuh dengan perkataan semata-mata.

Nah, untuk kamu semua (tanpa mengira jantina ya).
Tenung mata orang ini dalam-dalam.


Ingat ya, tenung dalam dalam.

A Little Addition

Lagi sekali datang ‘catalyst’ yang membuatkan aku rasa terpanggil untuk menulis. Kali ini dalam bentuk post di bawah.


The Boinq, AKAB, Melayu Minimalis dan Lucius Maximus (aku masukkan nama Lucius bagi mencukupkan korum, boleh Lucius?) Mereka ini antara yang ada di luar sana yang menulis secara terbuka. Kadang-kadang ada cerita alkohol, kadang-kadang ada cerita perempuan, kadang-kadang ada falsafah tapi apa pun, cerita mereka banyak mengandungi input dan stimulasi yang boleh dikatakan bersifat memperkayakan . Aku pautkan blog mereka ke blog ini pun kerana isi kandungan blog mereka yang bagi aku bersifat begitu.


Sebelum aku teruskan lagi, aku mahu cakap yang aku tak ingin post ini kelihatan ‘redundant’ atau berulang. Jadi anggaplah, jika post di bawah mengusulkan satu permasalahan dan jawapan, maka post ini mengusulkan sedikit tambahan kepada jawapan yang sedia ada.

--------------------------------------------------------------------------------------

Wisdom and Respect.


Wisdom allows you to discern and differentiate. Values are scattered everywhere, with discernment you’ll be able to choose the ones that you deem appropriate for yourself, when this happens, instead of jumping around with a ‘keris’ in one hand, you would instead be enriching yourself. And how is that not a good deal? Given the choice, would you rather have an enriched life or a shorter life expectancy due to the stress from all that ‘keris’ thrusting action?


Respect the rights of others. These rights transcend all borders, be them religion, race, color or creed. When a fellow sound minded man has made a decision, respect it. I believe Voltaire sums it up best by saying:

“I may not agree with what you say but I will defend to the death your right to say it”

Though you may argue that Voltaire was a liberal thinker and you are not, I wish to ask you, even for only an instant, to put aside all the labels/names attached to both him and you. Without the labels, examine the statement just as it is. Is it devoid of practical goodness?


-------------------------------------------------------------------------------------

Aku harap 2 sen aku ini akan dibaca dan dipertimbangkan .


p/s: Aku juga harap pembaca dapat menerima post yang separuh bahasa Melayu dan separuh bahasa Inggeris. Bukan apa, terpaksa menggunakan bahasa Inggeris sebab tak mahu maksud yang aku cuba sampaikan terpesong apabila aku menulisnya dalam bahasa Melayu.

Tuesday, February 12, 2008

Aku Telah TerHUDSONkan Diri Aku

Pada 30 Januari 2008, si Lucius Maximus telah memperHUDSONkan dirinya.

Semuanya bermula dengan pendedahan berani si Gee Wheez pada 13 Januari 2008 tentang sebuah buku himpunan puisi bahasa Melayu yang "secara kebetulan" ada versi bahasa Inggerisnya yang telah lama wujud.

Tiba-tiba baru aku sedar, rupa-rupanya aku sendiri pun telah terHUDSONkan diri sendiri.