Showing posts with label Mandarin. Show all posts
Showing posts with label Mandarin. Show all posts

Wednesday, February 6, 2008

Wan Shang Hao!


Xian zai -shi yi dian pan* (11.30 pm)

bu duo jiu le..

Peng you men!

Wo zhu ni men..

XIN NIAN KUAILE~!


*edited - hah! xiao jie, xie xie nin!

Wednesday, October 31, 2007

We Fear The Unknown



Ini adalah salah satu sebab mengapa aku meng-advocate atau bak kata orang-orang tua -menggalakkan- pembelajaran mandarin (bagi aku setakat boleh bercakap dan faham apabila dengar sudah cukup, belajar menulis dan membaca bagus juga, tapi ia akan memakan masa yang lebih).

Sememangnya tak boleh dinafikan ada sentimen 'kurang suka cina' di kalangan sesetengah orang Melayu, dan orang Cina juga sama, ada di kalangan mereka yang juga meyimpan sentimen 'kurang suka melayu'.

Dari mata aku, kita semua sama saja, tak lebih tak kurang pun, kelainan kita sangat sedikit (warna kulit, mata -tapi mata orang Melayu pun bukannya besar sangat pun, dan apa lagi ya? saiz? lebih kurang juga, sama sama orang Asia).

Yang membezakan orang Melayu dan Cina hanyalah budaya (agama juga aku kategorikan sebagai budaya) dan bahasa.

Disebabkan budaya tidak boleh dipelajari (ia hanya boleh diserap secara perlahan2 menerusi proses membesar atau penglibatan aktif dan intensif utk satu tempoh yang lama) maka tinggalnya perkara yang boleh di pelajari adalah bahasa.

Jadi, kenapa bagus dipelajari bahasa Mandarin? (lebih-lebih lagi bagi orang Melayu yang ada isu kompleks dengan orang Cina)

Jawapannya ada dua, bergantung kamu dari golongan mana.

1) Kamu dari golongan yang tidak kompleks Cina/tak kisah pun Cina atau bukan:
---------------------------------------------------------------------------------
Bahasa Mandarin digunakan dengan meluas di merata dunia dan China juga sedang berkembang pesat ekonominya, mungkin kamu boleh ke sana dan memulakan bisnes/perniagaan import eksport (seperti bapa si Ramli dalam cerita Bujang Lapuk - siap berpengkalan di Hong Kong lagi).

2) Kamu dari golongan kompleks Cina:
---------------------------------------
Inilah ubat yang kamu semua cari-cari samada sedar atau tidak.
Orang putih/Mat Salleh ada mengatakan "We fear the unknown" atau dalam bahasa Melayunya "Kita takut kepada hal yang kita tidak tahu".

Nah! Maka cubalah kamu utk 'tahu' supaya kamu tidak 'takut' lagi.

Tuesday, October 30, 2007

Mari Bercakap Cina (Mandarin)



Aku harap ada orang yang datang menjenguk post yang kali ini sebab rasanya hal yang aku coretkan kali ini agak besar manfaatnya bagi orang-orang Melayu.

Lebih kurang 2 tahun yang lalu aku telah membuat keputusan untuk belajar bercakap (menulis belum lagi) bahasa Mandarin (bagi yang kurang pasti: Mandarin adalah umpama bahasa baku atau rasmi, Kantonis, Hokkien, Teow Chew dll adalah dikategori sebagai dialek)

Jadi dengan menguasai Mandarin, kita pasti boleh berkomunikasi dengan orang-orang Cina biarpun ada dikalangan mereka yang tak pandai bertutur bahasa Mandarin (ini kerana semua medium rasmi Cina adalah dalam Mandarin).

Kenapa aku nak mempromosi bahasa Mandarin? Ini adalah kerana aku mempelajari Mandarin secara tak rasmi dan aku telah membuktikan kepada diri sendiri (mungkin kepada beberapa kawan aku juga) yang bahasa mandarin percakapan adalah agak mudah difahami dan mampu dipelajari sendiri.

Pembelajaran aku dilaksanakan sikit demi sikit, satu hari sepotong ayat. Apabila duduk dengan kawan-kawan Cina aku mula bertanya dan bersembang dengan 2-3 potong ayat yang aku telah kuasai, dan dalam beberapa minggu aku sudah menyerap banyak perkataan baru dan gaya/susunan ayat baru. Dan sekarang aku sudah boleh berbual dengan kenalan Cina pada level intermediate.

Bagi aku, orang yang mampu berbahasa Melayu ada kelebihannya apabila belajar bercakap Mandarin. Berdasarkan pengalaman sendiri, tatabahasa dan susunan ayat Mandarin banyak persamaan dengan bahasa Melayu dan adalah agak ringkas (juga seperti bahasa Melayu) kalau hendak dibandingkan dengan tatabahasa Inggeris.


eg: dari segi tatabahasa.
--------------------

Present tense:
Saya makan nasi.

wo ----chi ----fan.

Past tense:
Saya telah makan nasi.

wo --------- chi ----fan le.

Future tense:
Saya akan(mahu) makan nasi.

wo ------yao --------chi ----fan.


dari segi ekspresi.
------------------

sedap (dimakan)
hao ------chi

tak sedap (dimakan)
bu ---hao ----chi

sedap (didengar)
hao ------ting

tak sedap (didengar)
bu --hao -----ting


Itulah antara sedikit contoh yang dapat aku tunjukkan di sini, tulis lebih lebih nanti jadi buang masa pula. Apa pun yang penting di sini adalah persamaan dan keringkasan bahasa Mandarin dapat ditunjukkan.

Cuma yang perlu di usahakan sikit bagi penutur bahasa Melayu dalam belajar bercakap Mandarin adalah intonasi. Bahasa Mandarin adalah bahasa 'tonal' di mana bunyi sebutan juga memainkan peranan, salah bunyi sebutan maksud perkataan pun jadi tak betul.
Tak susah pun, cubalah kuasai 4 intonasi bahasa Mandarin dan dalam masa yang sekejap anda akan juga mula bercakap-cakap Mandarin.