Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

Thursday, September 11, 2008

Media

Ini secara umumnya dapat merumuskan tindak balas aku terhadap hampir semua benda yang aku dengar atau tonton di tv dan baca dalam akhbar.


Thursday, August 7, 2008

"don't insult my intelligence"

..kata Michael Corleone kepada adik iparnya Carlo Rizzi.


Carlo Rizzi memang telah diketahui seorang kaki belit, penipu dan opportunis. Senang cakap habis sampah-lah.

Memang sudah obvious cerita-cerita Carlo itu semua hanya sandiwara dia untuk menyelamatkan diri dari kesalahan lampau, cuma dia tak mahu mengaku salah dan tetap menjual cerita-cerita rekaannya yang unconvincing itu, asyik nak kata dia juga yang betul, analisa lah macam mana sekalipun, persoalkan macam mana pun...Oh tidak, bagi Carlo, cerita dia dan dia sahaja juga yang paling betul.

Haih.

Bila dia bertindak begini, naturally, bukan Michael sahaja, bahkan sesiapa yang mendengar pun akan rasa di insult intelligence-nya lalu menjadi geram dan marah. (unless, kalau orang itu tak ada intelligence-lah, kan?)

Kamu ada rasa macam itu tak semenjak dua menjak ini?

Wednesday, July 16, 2008

B untuk Beruang


Pada pendapat aku debat seperti yang disiarkan di television semalam adalah sangat baik dan sebenarnya patut di adakan jauh lebih awal lagi dan pada kekerapan yang lebih.

Debat bukan sahaja menjana idea-idea bernas dan penyelesaian yang kemudiannya akan memajukan lagi sesebuah institusi, (tak kira lah institusi itu negara atau keluarga atau apa apa bentuk organisasi sekalipun) debat juga akan melatih semua yang terlibat, baik yang berdebat mahu pun yang mendengar atau menonton untuk menjadi lebih logikal, rasional dan berkemungkinan besar juga lebih gentlemanly!

Dan ini adalah satu perkara yang amat sihat, especially di kalangan orang Melayu yang dari pandangan aku kelihatan sungguh beremosi, kalau ini tidak benar masakan perkataan 'amuk' di ambil oleh orang Inggeris dari bahasa Melayu? lihat komen-komen dari orang Melayu pada video youtube atau blog yang selalunya berkaitan dengan politik pun sudah cukup.

Dengan membentuk sifat berfikir secara lebih rasional dan logikal berbanding dengan cara berfikir yang emosional, orang Melayu secara kebanyakannya akan menjadi kurang susceptible kepada idea atau perkara murahan yang disalut dengan emotionally charged material.


Haih...berkuasa sungguh media massa sebenarnya...bisa mencengkam atau membebaskan kepala otak orang.


*Debat kini available di youtube.

Thursday, February 21, 2008

Siapa Buat Keputusan Untuk Kamu?

Media selalunya di gambarkan sebagai hanya sebuah medium yang digunakan untuk menyebarkan maklumat, tak kiralah maklumat yang macam mana. Media, seperti namanya, adalah medium semata-mata dan tak lebih dari itu. Tapi sebenarnya kalau diperhatikan elok-elok, media sebenarnya adalah satu alat potent yang mampu menguasai fikiran lebih dari kebanyakan kita sangka ia mampu.


Antara perkara yang membuatkan aku menulis tentang kuasa media ini adalah apa yang yang aku alami sendiri. Ketika itu aku sedang bercakap dengan seorang rakan tentang beberapa hal yang berkaitan dengan isu orang perasan alim yang yakin “aku sahaja betul” lalu memperlekeh, mengadili, membuat kesimpulan sendiri dan menyusahkan hidup orang lain (contohnya seperti lelaki “hentikan rakaman” dalam kes ini). Dalam bercakap pasal hal itu, mulut aku telah mengeluarkan komen “Dia orang nih semua camel jockey wannabes, a bunch of Arab lovers!”


Tolong maafkan aku kalau ada di antara kamu yang bernama Sayid atau Sharifah berketurunan Arab, aku tak bencikan orang Arab. Ya, itu dia! Aku tidak bencikan orang Arab langsung….tapi dalam keadaan sedikit kurang rasional akibat terlalu berapi-api bercakap, aku telah mengeluarkan kenyataan yang membuatkan aku kelihatan seolah-olah sungguh anti-semitik (bukan Yahudi sahaja, bangsa semitik merangkumi Arab dan Yahudi - dari kitab Injil, dipercayai kedua-dua bangsa ini berasal dari anak Nuh/Noah yang bernama Shem...but well...cerita lain).


Jadi otak aku mula ligat berfikir tentang komen yang baru saja terbang keluar dari mulut aku. Kenapa?...aku fikir…dan akhirnya aku sedar. Mungkin ada faktor-faktor lain yang aku belum kenal pasti, tapi satu penyebab utama komen itu terpacul dari mulut aku adalah kerana pada ketika itu, dalam kehangatan berdebat, bercerita dan bercakap, ada imej-imej bermain-main dalam kepala. Imej-imej stereotaip orang Arab dan Afghan (ya imej orang Afghan pun ada sekali) yang kelihatan sungguh barbarik dan kolot dengan muka bengis, mulut ternganga, kening lebat berkerut, baju berdebu dan AK-47 di tangan.


Dari mana pula datangnya imej-imej ini? Kamu sendiri pun sudah tentu boleh jawab rasanya; Dari media- dari majalah-majalah, surat khabar dan berita dan cerita di TV. Aku fikir aku ini orang yang tidak mudah dipengaruhi anasir luar dan hanya bergantung kepada analisa minda sendiri, dan aku pasti kamu pun sama.Tapi apabila imej yang sama di hidangkan berkali-kali, mungkin beribu kali, lambat laun pasti ada kesannya. Imej-imej atau yang lebih penting lagi idea yang dibawa bersama imej imej ini akan mula melekat dalam benak pemikiran atau subconscious mind kata orang putih.


Apabila ini berlaku, maka sudah pasti lah ada kesannya, bahkan tak mustahil kesan ini nanti mampu mempengaruhi cara kamu membuat keputusan juga.


Di sini aku akan letakkan satu set imej-imej yang selalu dihidangkan media dan satu set yang jarang dihidangkan supaya kita semua (termasuk aku) akan ingat semula yang orang Arab dan Afghan juga adalah manusia biasa seperti kita. Yang aku benci itu bukan orang Arab atau Afghan tapi adalah orang-orang bermentaliti kolot “aku sahaja betul” tanpa mengira bangsa.


Set 1:
--------

*lelaki Arab - perhatikan gaya pencahayaan yang digunakan


*lelaki Arab - perhatikan ekspresi dan AK-47


*lelaki Afghan - lihat gaya muka yang semacam plotting sesuatu dan bukannya berdoa


*lelaki Iran - fashion sense-nya yang dipergunakan media kini memakan diri




Set 2:
---------

*lelaki Arab - ya, bukan semua lelaki Arab berjanggut panjang dan bawa AK-47 -yang ini pandai enjoy juga

*lelaki Afghan dan anak perempuan - lelaki Afghan pun mampu jadi ayah penyayang


*lelaki-lelaki Afghan - memiliki kedai dan juga mampu chill-out


p/s: anggaplah gambar selingan tempoh hari sebagai pembukaan untuk post yang ini.

Friday, January 25, 2008

Selera Siapa?


Faizal Tahir, naib juara One In A Million (pertandingan ala American/Pop Idol), di’ban’ dan 8TV ditarik kebenaran untuk menyiarkan siaran hiburan secara langsung. Semuanya kerana dalam satu rancangan hiburan secara langsung di 8TV tempoh hari, Faizal telah membuka baju dan melontarkan bajunya kepada orang ramai. Maka terdedahlah badan dia di khalayak semua penonton, baik di studio mahu pun di rumah.

Apa kamu rasa sekarang? Geram? Marah? Benci?

Haih, apalah! Aku secara terus terang tidak rasa apa-apa. Dia nak buka baju, bukalah. Tak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada sesiapa pun, tak ada orang yang menjadi buta pun setelah melihat badannya itu.

Tapi seperti biasa, media berjaya mengapi-apikan hal remeh ini, ramai jugalah yang kononnya cerdik pandai memberikan pendapat

“Oh ini satu perbuatan yang tidak patut…”

“Ya! Tindakan tegas perlulah…”

“Cis, dia ini sudah lupa daratan! Mari kita buang dia ke laut…”


Aku tak mahu tulis panjang pasal hal Faizal Tahir ini kerana:

1)Cerita lapuk, berlaku dah lebih dari seminggu.

2)Dah banyak yang diulas oleh pelbagai akhbar/majalah tempatan (mastika?).

Apa yang aku mahu kongsi bersama di sini adalah kisah yang, walaupun lebih lama tapi bagi aku impak dan proporsinya cukup besar sehingga aku rasa adalah menjadi keperluan untuk aku menulis tentangnya.

Kisah Faizal ini semacam ‘catalyst’ lah kiranya, membuatkan aku akhirnya mahu menulis tentang persoalan yang aku bakal kemukakan.

Pada 9 September 2006, jenazah Menteri Ngah Ibrahim dan Laksamana Muhamad Amin, dua orang tokoh negara yang dibuang negeri kerana melawan pengaruh British menerusi komplot yang akhirnya membawa kepada pembunuhan JWW Birch (si residen pertama Perak), dibawa pulang dari Singapura dan dikebumikan semula di Perak, kampung halaman mereka.

Selepas 129 tahun di dalam buangan, akhirnya barulah mereka dapat pulang ke tanah air. Pilu juga rasanya bila aku baca dalam liputan tak lama kemudian yang (mengikut catatan dan kisah cucu cicitnya) Ngah Ibrahim telah berkali-kali menyatakan hasratnya untuk pulang ke Perak namun tetap tidak kesampaian hinggalah ke akhir hayatnya.

Pada pendapat aku, kisah kepulangan wira-wira ini memang hebat. Impaknya juga besar, mampu menyemai perasaan ‘gratitude’ kepada golongan lama, sejarah dan juga menyemai perasaan cintakan bangsa dan negara.

Aku pun bukanlah patriotik mana, tapi aku tidak nafikan yang sifat patriotik pada kadar yang sihat memang bagus! Nanti kuranglah sikit bilangan mat-mat rempit, ‘litterbugs’, ‘vandals’ dan golongan yang entah apa-apa -eg: Geng ‘neo-nazi’– Bukan kulit putih tapi neo-nazi, macam mana tu? (aku dapat mengesan unsur-unsur kebodohan yang tebal di sini).

Tapi malang! Kalau ada pun yang mengikuti kisah Menteri Ngah Ibrahim dan Laksamana Muhamad Amin ini, kebanyakannya golongan pakcik makcik (itu pun hanya yang ambil kisah dan menghargai sejarah). Masyarakat umum dan golongan remaja pula pada kala itu sebenarnya sedang tertumpu pada kisah lain.

Pada sekitar tarikh yang sama juga, Mawi dan Diana Naim sedang berada dalam krisis ‘relationship’. TV asyik-asyik nak ceritakan hal itu, akhbar pun sama. Balik-balik, muka Mawi dan Diana Naim yang terpampang. Sudah putus tunanglah, sedihlah, dulu macam inilah, sekarang macam itulah. Bagus..bagus..syabbas.

Sehari selepas ketibaan jenazah Menteri Ngah Ibrahim dan Laksamana Muhamad Amin ke tanah air, aku beli akhbar dan...

Cerita kepulangan jenazah wira-wira Negara ada di muka ke-3 atau ke-4. Muka hadapan sekali ada muka-muka ini, lengkap dengan warna dan ‘lettering’ besar.

“Apa kejadahnya semua ini?! ” begitulah kot lebih kurang reaksi bekas seorang pengacara NTV7 kalau dia yang berada di tempat aku ketika aku menatap akhbar hari itu.

Mudah saja persoalan aku. Mana berita yang lebih penting dan besar manfaatnya? Kisah kepulangan jenazah wira-wira negara yang mengorbankan titisan darah dan air mata untuk generasi sekarang atau kisah krisis pertunangan artis-artis?

Kalau pun tidak berminat dengan sejarah, tak apa. At least, show some respect! Those two statesmen sacrificed A LOT! Takkan nak letak kisah mereka di muka depan pun susah?

Persoalan yang lebih besar pula begini. Siapa yang punya tanggungjawab ni?

Adakah ini selera media? (media yang menentukan sendiri bahan yang disajikan)

-atau-

Adakah ini selera orang ramai? (dan media hanya menyuap apa yang orang ramai mahu)

Apa pendapat kamu?

P/S: Rupa-rupanya ada blog yang memang didedikasikan khas untuk Ngah Ibrahim dan Laksamana Muhamad Amin. Maklumat dan bacaan lanjut ada di sana.