Nampaknya aku telah di-tag oleh cik Nurul. Banyak-banyak manusia yang ada blog, aku antara yang dipilihnya, bertuah betul (atau tak bertuah, bergantung kepada konteks kata cik Nurul).
Jadi, kita mulakan dengan peraturan yang harus dipatuhi sekiranya kamu di-tag: (ya, harus dipatuhi, kalau tidak dipatuhi ada pelbagai sumpah dan jampi menanti...takut woo)
------------------------------------------------------------------------
1) Berikan LIMA pautan (link) yang selalu dilawati.
2) Tag lagi LIMA manusia di luar sana.
3) Aku faham kamu kemungkinan besar ada laman-laman X-rated yang digemari, tapi maaf ya, laman-laman sebegitu tak boleh dimasukkan ke dalam lima pautan kegemaran.
4) LIMA manusia yang telah di-tag hendaklah dimaklumkan bahawa mereka telah di-tag.
5) Akhirnya, wujudkan satu pautan aktif (active link) untuk orang yang telah men-tag kamu.
-------------------------------------------------------------------------
Pautan ke LIMA laman yang aku selalunya lawat, tapi bukan disusun dalam aturan kekerapan aku melawat mereka:
1) TiubKamu. Macam-macam benda boleh didapati dari sini, maklumat, hiburan dan sebagainya.
Kalau rasa nak dengar lagu, ada ini. Kalau kamu kaki menari dan nak menguasai 'dance floor' ketika di kelab malam pada hujung minggu, ada ini. Letih di pejabat? Ada ini.
2) Berita Geografik Kebangsaan. Hal-hal terkini tentang topik kesukaan aku, budaya dan sejarah manusia, sentiasa ada di sini.
3) BukuMuka. Ada banyak gambar muka aku di sini, semuanya di ambil sendiri dari sudut yang sama setiap kali, kamera di pegang tinggi dan disasarkan kebawah pada sudut 45 darjah ke arah muka. Gambar-gambar ini semuanya nampak hampir sama, tapi aku variasikan warna-warna mereka supaya tampak lebih memikat. Best kan?
Tujuan utama aku ke BukuMuka adalah untuk terus berhubung dengan dan mengetahui cerita terbaru semua rakan lama yang sekarang berada entah di mana-mana.
4) SayaBolehDapatBurgerKeju. Laman yang tak pernah gagal membuatkan hari aku menjadi bertambah ceria dengan senyuman dan kadangkala ketawa hilai orang gila. Nanti bila sudah ada tempat yang lebih sesuai, pasti aku akan bela seekor kucing seperti dulu.
5) Kamus Warisan Amerika. Kerana tiada siapa yang tahu semua perkataan bahasa mat salleh, termasuklah mat salleh itu sendiri pun. Jadi kalau rasa tersangkut ketika membaca buku atau menonton rancangan atau cerita yang mediumnya bahasa mat salleh, datanglah ke sini.
Habis. Itulah LIMA di antara laman-laman web yang aku selalunya lawat.
Sekarang, mereka ini adalah LIMA orang yang aku pula tag:
----------------------------------------------------------------
1) AKAB (saja, kerana aku mahu lihat, adakah seorang anarkis akan ikut peraturan tag?)
2) Lucius Maximus (kamu anarkis juga ke?)
3) Gee Wheez (saja-saja juga, kerana mahu kenal personaliti yang berani kerana benar ini. Jadi mulakan dengan berkongsi pautan)
4) Perempuan Jomblo (kerana layout kamu yang cantik dan menawan)
5) Thinker Bell (kerana kamu kawan Peter Pan)
----------------------------------------------------------------
Nah, orang-orang yang aku telah tag. Mungkin ada di antara kita nanti yang akan berkongsi pautan yang mana isi kandungannya sangat bermakna sampai ke tahap di mana apabila pengunjungnya membaca/menonton/mendengar, mereka mencapai nirvana.
Kalau perkara macam ini berlaku, maka aku rasa tenaga yang aku curahkan untuk post tag ini adalah berbaloi.
Showing posts with label Blogs. Show all posts
Showing posts with label Blogs. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
