Showing posts with label Guys. Show all posts
Showing posts with label Guys. Show all posts

Tuesday, January 8, 2008

A surge

Minda aku, kepala aku, hati aku.

Hari ini ada pelbagai macam perasaan dan fikiran yang menerjah menerusi tiga saluran yang aku nyatakan di atas.

Memang sensasi yang unik, tidak sedap atau seronok langsung, bahkan sebenarnya memualkan tapi 'still unique nonetheless'.

Dalam minda terasa seperti ada kesesakan trafik akibat 'bottleneck'. Dalam kepala bagai kosong dan 'undecided' dan hati pula macam dicekik sampai nafas tak dapat ditarik dalam.

Mungkin ini hukum karma datang membalas, 'what goes around, comes around'. Mungkin satu ketika dulu, samada secara langsung ataupun tak langsung, aku ada memeningkan insan lain sepertimana aku tengah pening sekarang, jadi sekarang tiba giliran aku pula.

Apa-apalah.

Monday, December 31, 2007

A Guy's Dilemma - Infatuation, Relationship, Girls and Beyond


The following conversation took place during a rendezvous mission between two rogue agents.

47: "I think it'd be nice if we have some companionship, someone to share our thoughts and stories with"

H: "True...but then again, a girl who's around our age is most probably looking for a relationship with marriage in her mind"

47: "Yeah, most probably"

H: "But with a girl who's younger, it would probably be difficult to have a real connection"

47: "Haih, true also"

Monday, December 3, 2007

Getting To Know Another Person

Sure I'm a little busy right now but that won't stop me from enjoying my life fully.

I simply wish to say that right now I'm in the process of getting to know a person of the opposite sex. Remember the rush that I talked about in 'Dilema menjadi Single', the rush that ya get when yer getting to know someone. Yep..I'm feeling it right now.

Life seems more colorful and vibrant...and I hope it will stay that way for a long long time :)

Saturday, November 10, 2007

Dilema Menjadi 'Single'


Setelah menulis post-post dalam bahasa Inggeris dengan rasa kepuasan hati maksima kerana dapat meluahkan pandangan yang telah sekian lama disimpan, nampaknya tibalah giliran penulisan dalam bahasa Melayu pula. Sebenarnya nak tulis dalam Inggeris lagi, tapi sebab dah angkat sumpah untuk cuba menulis dalam bahasa Melayu, maka kenalah tulis jugak.

Sekarang aku 'single' (dalam bahasa melayu nak dikata apa? kalau bujang, maksudnya belum kahwin...single=?). Aku sekarang berada pada peringkat umur di mana kawan-kawanku sudah mula berumahtangga, aku tumpang rasa seronok melihat mereka gembira. Tapi aku sendiri bukanlah gembira mana pun, rasa macam ketinggalan sedikit.

Rasanya kalau nak mengambil hati seorang gadis, bukanlah satu masalah besar bagi aku, rupa ada, budi pekerti ada, jujur pun ya (aku tak suka hipokrit), duit hmm..(bergantung kepada keadaan haha). Tapi sebab utama aku masih single adalah kerana aku rasa tak ready untuk mengikat diri aku kepada seorang individu.

Bila berkenaan perempuan, yang aku ada hanya kawan-kawan perempuan, spend masa bersama-sama, makan minum dan bercakap-cakap sambil bertukar pandangan (pandangan perempuan berbeza dari pandangan lelaki dan aku jenis manusia yang suka kepada penjelasan berbeza-beza bagi satu perkara yang sama). Ada juga dikalangan mereka yang aku rasa berminat untuk menjadi lebih rapat, dan aku pun tahu kalau aku luahkan niat ini pun aku tak bertepuk sebelah tangan rasanya, tapi apabila aku terasa begini aku akan cepat-cepat menghalang diri sendiri.

Kenapa? Kerana dalam hati, aku ada perasaan yang mengatakan hal hal begini:"mungkin ada yang lebih baik di luar sana", "mungkin nanti aku akan tinggalkan dia nih", "mungkin nanti aku akan jadi bosan".

Dan dari pengalaman lampau, sememangnya peringkat awal perhubungan (maksudnya pada masa masa suka sama suka dan baru berkenalan - dicampur pula dengan sedikit infatuasi) inilah yang paling menarik. Ada semacam 'rush' yang aku rasa apabila mula mengenali seseorang individu yang aku minat, tapi setelah beberapa lama, perasaan itu hilang dan kebosanan mula melanda. Bayangkanlah, kalau aku dah luahkan perasaan dan si gadis tadi pun sama, lalu sebuah 'relationship' pula ter-establish, apa yang aku harus buat bila dah terasa bosan nanti? Tinggalkan macam itu saja? Terasa kejamlah pulak.

Jadi atas sebab-sebab ini aku remain single, dan walaupun ada masanya rasa macam hendak 'double' (opposite single haha), tapi bila difikir balik dengan logik, memang tak boleh jadi.

Lagi satu, kenapa kalau ada gadis/perempuan berminat dengan lelaki, dia masih takkan mengambil langkah pertama? mesti tunggu lelaki mulakan langkah petama dulu.