
Stress sebenarnya sebahagian daripada hidup. Satu-satunya jenis orang yang tidak mengalami stress dan masalah adalah orang mati.
Benar juga sedikit stress adalah bagus dalam memastikan kita semua melaksanakan apa-apa tugas yang perlu kita laksanakan, sebab itu ada orang cakap "Nothing gets done if it weren't for deadlines".
Tapi sudah tentulah tiada orang yang sukakan stress, aku pun begitu juga. Bagi aku, aku amat tidak gemar kepada satu bentuk stress ini. Ia dipanggil 'unnecessary stress'.
'Unnecessary Stress' ini selalunya datang dari hal-hal kecil yang tidak penting mana pun sebenarnya, tapi kesan terkumpulnya boleh tahan juga. Aku kurang pasti bagaimana pandangan anda, tapi pada pendapat aku, selalunya 'unnecessary stress' ini adalah berpunca dari manusia di sekeliling kita.
Mereka ini ada yang terdiri dari orang yang kita kenal, dan ada juga orang yang kita mungkin bertembung hanya sekali dalam hidup ini.
Contoh mudah yang dapat aku berikan disini adalah si adik/kakak/makcik penjaga kaunter yang masam mukanya dan dilengkapkan pula wajah masamnya dengan kata-kata kasar dan biadap.
Contoh yang kurang mudah pula begini. Anda rapat dengan seseorang yang berfikiran negatif, dan lebih malang lagi apa-apa kenegatifan yang timbul di letakkan 'blame'nya di atas bahu anda.
"Ini semua salah kau...bla bla bla", "dulu aku ini okey..sekarang pening, susah..bla bla bla".
Lagilah malang apabila orang ini pula tidak mampu berdiskusi dan menyelesaikan isu-isu dengan logikal. Cubalah bentang idea bernas macam mana pun, tiada faedah.
Apa ini?! Kalau aku ini warga emas, mungkin aku sudah mati akibat sakit jantung atau darah tinggi (stroke) hasil terkumpul 'unnecessary stress' ini.
Agaknya Vincent van Gogh memotong telinganya dulu pun kerana stress yang sebegini. Kalau aku mungkin lain - telinga orang-orang yang membuatkan aku stress yang akan aku potong!
