
Semenjak dua menjak ini nampaknya ada satu tema yang sama asyik bermain dalam diri.
Kalau tidak diambil kira satu tempoh dimana kepala dan hati aku dirundung stress bodoh, makanya jadinya satu tema sahaja lah.
Tema dominan ini tidak lain dan tidak bukan adalah infatuasi (lagi-lagi infatuasi, kepala aku sudah jadi bosan...tapi tidak hati aku...hati aku girang bila berinfatuasi).
Individu yang aku minat memberikan respon yang positif, kiranya jelaslah juga yang aku bukan perasan seorang diri -minat itu adalah 'mutual'. Tapi aku tidaklah pula beriya-iya dalam men-'establish' hubungan silaturrahim dengannya. Macam biasa, macam mana kamu akan ajak seorang kawan platonik keluar minum untuk bertukar-tukar pandangan, macam itulah juga yang aku buat. I don't want to rush in, arwah Elvis pun ada cakap dulu "wise men say, only fools rush in" kan?
Segalanya berjalan lancar. Tapi baru-baru ini, sudah kurang pula tindak balas. Hendak dihubungi pun sudah jadi sedikit susah. Hey..leceh pun ya, lucu pun ya.
Leceh kerana ada masanya aku rasa hendak meluangkan masa lagi dengan sumber infatuasiku tapi tidak dapat, lucu pula kerana aku tak percaya yang aku sedang berada dalam situasi yang semacam ini.
Situasi di mana hati aku bermain-main dengan perasaan sendiri, macam orang jatuh cintalah konon-kononnya, nasib baik kepala aku masih mampu berfikir dengan logik dan sedar yang ini hanyalah infatuasi. Macam-macam soalan berlegar-legar "eh, kenapa ni? dah tak suka ke? bosan ke?" kadang-kadang soalan yang macam memakan diri pun timbul juga "eh, aku ni susah nak disukai ke? eh aku ni membosankan ke?"
Ini satu perkara yang tidak sihat; Berfikiran negatif dipandang dari sudut mana sekali pun tetap tidak sihat. Nasib baik aku tahu siapa aku, aku tidak membosankan, jauh sekali! Aku juga hensem muahahaha! Terus kesan soalan-soalan negatif tadi di-'nullify' oleh kepositifan aku.
Tak apalah, no problem...take your time, maybe you got other things going on right now. I still think you're a very interesting person and I still would like to get to know you more. So...whenever you feel like it milady.
