*gambar sekadar hiasan
What's up people...(kalau masih ada
people around-lah)
Salah satu punca bermulanya blog ini adalah kerana aku jenis orang yang mudah jadi
irritated dengan perkara-perkara bodoh dan menjengkelkan yang sering berlaku di sekeliling kita. Ah banyaklah... kalau mahu dijelas satu persatu perkara ni memang takkan habis kerana semuanya berpunca dari kebodohan, dan jika ada satu sifat yang jelas pada kebodohan - maka inilah dia:
Kebodohan manusia itu tiada penghujungnya.
Jadi, amatlah tidak bersesuaian kiranya jika aku yang telah menghilang sekian lama kembali menaip di sini hanya untuk menulis semula tentang perkara yang sama, yakni
rants "aku geram/marah/sakit hati dengan itu dan ini.."
Alang-alang aku di sini, biarlah apa yang aku bakal tulis ini jadi sesuatu yang berfaedah dan berguna untuk kamu yang membacanya. Berikut adalah beberapa tips dan ideas untuk memudahkan sedikit (sedikit sahaja, tak banyak) hidup kamu. Beruang dalam minda (
Bear in mind), aku bukan pakar motivasi, bukan
life coach, jauh sekali jutawan muda kosmetik dengan sebuah kereta mewah Jerman, aku cuma seorang
young adult (masih consider dirinya
young walaupun di hati kadang-kadang rasa tua) yang
observant.
Tips & Ideas:
----------------------------------------------------------------
1) Kesempurnaan itu tidak wujud (There's no such thing as perfection).
Secara umum, boleh dikatakan punca sebenar munculnya rasa irritated, marah, geram dan sebagainya adalah dari diri sendiri yang masih belum sedar akan subjek nombor 1 ini.
Mungkin ada di antara kamu yang kata "ah, ini aku sudah tahu" tapi itulah bezanya antara tahu dan sedar.
"
To know that there is no perfection" itu satu perkara, tapi "
to understand and realize that there is no perfection" itu adalah perkara yang langsung berbeza.
Sifat kehidupan atau kewujudan itu adalah ketidaksempurnaan. Jika ada sesuatu perkara itu dikatakan sempurna dan tiada cacat celanya,
I can guarantee you bahawa dengan pernyataan tersebut sahaja menunjukkan yang perkara itu sebenarnya tidak wujud. Apa yang wujud adalah tidak sempurna, dan apa yang sempurna itu tidak wujud.
Maka terimalah kewujudan dan kehidupan ini dengan segala ketidaksempurnaannya kerana itulah sifat semulajadinya, Wangi, busuk, pandai, bodoh, cantik, buruk, -kesemuanya,
as a whole, walaupun
sesetengahnya dilihat sebagai negatif,
menghasilkan apa yang kita semua sedang alami sekarang,
and that is life/existence itself.
Sungguhpun bunyinya seperti terlalu pesimistik, sebenarnya tidaklah begitu. Pada pendapat aku, hanya dengan menyedari dan menerima keadaan ini secara realistik, baru kita boleh bermula untuk bergerak ke arah penambahbaikan (
improvement).
Faham?
2) Kita semua adalah individu (We are individuals).
Di Malaysia ini, sudah semacam perkara normal dan biasa untuk meletakkan manusia dalam kelompok general dan secara mudah membuat konklusi begitu dan begini.
Contoh:
kulit kuning, mata sepet
= Cina = Buddhist = rajin = kiasu.
kulit koko, mata tak berapa sepet
= Melayu = Islam = boleh~lah = malas.
kulit gelap, mata tak sepet
= India = Hindu = mungkin kuat minum & samseng.
kulit putih & rambut kuning
= orang putih = Kristian = perlu dilayan
extra spesial.
This is 2014, enough of this shit. Kalau kamu masih berfikir dengan cara begini, aku cadangkan kamu ketuk kepala sendiri dengan lesung batu sehingga retak tengkorak dan pada kadar segera, ketuk testis sendiri dengan kuat sebelum pitam akibat
concussion.
Sudah sedar dari pitam? Bagus.
Here's the deal, kita adalah individu tersendiri, warna apa sekali pun kulit dan mata kamu, percaya atau tidak percaya dengan apa tuhan sekali pun, setiap seorang dari kita mempunyai sejarah dan latar belakang tersendiri yang kompleks, yang penuh dengan kepelbagaian pengalaman. Dan dari latar belakang yang tersendiri dan berbeza ini lahirnya
individuality.
Apa yang aku suka, mungkin kamu benci & apa yang aku benci, mungkin kamu suka. Kejayaan bagi aku, mungkin suatu kegagalan bagi kamu & kegagalan bagi aku mungkin satu kejayaan bagi kamu. Ya! percaya atau tidak, tak semua orang memandang kejayaan itu sebagai memiliki kereta besar buatan Jerman sambil bergambar dengan tersengih dan menunjukkan thumbs up dihadapan kereta tersebut, atau berjanggut panjang, berserban, bercelak dan paling kurang ada satu gambar bersama ustad selebriti di galeri gambar facebook.
Bebaskan diri kamu dari label bodoh yang dilekatkan masyarakat & luaskan skop kamu, dari menutup mata dan telinga kepada pandangan berbeza, belajarlah dari pandangan yang berbeza.
Approach begini lebih memperkayakan dan menguntungkan diri dalam jangka panjang.
3) Jadi diri kamu sendiri (Be yourself).
Mungkin klise bunyinya, tapi itulah kebenaran. Poin ini,
naturally, berkaitan dengan poin di atas.
"Tanpa label bodoh dan
expectations dari masyarakat, siapa kamu sebenarnya?"
Soalan ini berkemungkinan adalah soalan yang paling penting pernah diajukan kepada kamu. Terutamanya di sini, dengan budayanya yang menggalakkan setiap orang untuk masuk kandang masing-masing dan mengembek apabila diarahkan mengembek.
Apa yang penting dan tidak penting bagi kamu? Dan adakah yang dikatakan penting itu betul-betul penting atau kamu cuma rasa semacam penting kerana telah dididik untuk menerimanya sebagai penting? Ini cuma salah satu contoh soalan,
be creative and come up with more, and then proceed to answer 'em. Fikir dengan lebih mendalam...kemudian dalam sikit lagi.
Aku tinggalkan
task ini untuk kamu buat sebagai kerja rumah,
bon voyage & good luck.
4) Perkayakan diri (enrich & nourish yourself).
Sudah ada jawapan untuk soalan di atas?
Excellent!
Seterusnya, kamu perlu tahu bahawa orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah kamu.
Nope! bukan some
old long gone religious figure.
Nope! bukan mak atau ayah kamu.
Nope! bukan girlfriend atau isteri kamu.
Nope! bukan anak kamu.
Nope! bukan cucu atau isteri ke-2 kamu.
Tanpa kamu, semua yang di atas akan jadi tak berfaedah, bahkan semua orang yang kamu
care about akan jadi lebih susah tanpa kamu,
whatever kind of susah - susah hati, susah tiada
sustenance, susah tiada kasih sayang etc. Yang paling penting untuk membuatkan perkara-perkara lain
matter adalah kewujudan dan
wellbeing kamu sendiri.
Jadi, langkah pertama sebelum menjaga perkara lain adalah dengan menjaga diri sendiri, tahi akan berlaku (
shit happens) walau bagaimanapun, tapi aku rasa kamu patut cuba yang terbaik untuk memperkukuhkan diri sendiri dari pelbagai sudut, mental mahupun fizikal.
Hal ini bukanlah satu titik tinggi yang perlu dicapai, tapi adalah satu proses. Tak penting di mana tahap kamu, yang penting proses itu berjalan. (
No such thing as perfection, remember?)
Berhenti baca Harian Metro, Mastika, URTV, Mangga dan mula baca bahan bacaan yang lebih berkualiti,
download e-book kalau tak mahu yang kertas -
whatever floats your boat (except for Harian Metro, Mastika, URTV & Mangga
obviously).
Aku juga tahu orang Malaysia ni bangga dengan roti canai dan teh tarik,
good for you, tapi janganlah sampai cuma itu yang dimakan dan minum, banyak lagi makanan dan minuman lain yang lebih berkhasiat.
Cut down on junks dan mula belajar makan makanan
wholesome.
Pendek kata:
Eat less, move more, and read more... 'nuff said.
5) Belajar untuk Agree to Disagree
Orang Malaysia, mungkin kamu pun dah lama sedar, sememangnya sangat sensitif. Pantang di jolok, pasti melompat. Tak cukup dengan melompat, mereka yang melompat ini kemudiannya akan
retaliate - mereka mahu gigit tengkuk kamu.
Disebabkan kita hidup dalam masyarakat begini-lah yang aku cadangkan kamu semua makan makanan wholesome dan mula memperkayakan (dan memperkuatkan) diri.
When retaliation comes, have no mercy, plow these assholes to hell - dengan approach begini sahaja pun sudah cukup untuk meminimakan apa-apa bentuk
aggression terhadap diri kamu.
Ada benarnya juga "Si vis pacem, para bellum". Kalau mahu aman, bersedia untuk
fuck shit up - memang berkesan.
Tapi jati diri aku ini sebenarnya jenis yang cintakan keamanan dan cinta (bukan cintan). Dan bagi aku jalan terbaik dalam memastikan kebanyakan konflik tamat atau diselesaikan dengan baik adalah dengan perkara ke-5 ini.
Masih ramai yang tidak faham yang adalah tidak wajib ke atas orang lain untuk melihat dunia atau sesuatu benda dengan cara mereka. Kita semua adalah individu, kamu tak boleh expect orang dari background atau budaya berbeza untuk melihat dunia dengan 100% cara kamu melihatnya -
don't be this naive.
So be the bigger man/lady, dan pilihlah untuk agree to
disagree apabila berhadapan dengan konflik yang semacam tiada penghujung.
--------------------------------------------------------
Well, there are probably quite a number more I could list down, but for now, I think these will do and they're probably the most important anyway.
You could be anyone, or you could be someone who is in need of these things I've jotted down, in which case, I wish to say thank you for reading and I hope you got something out of this.
Good night & good luck!