Thursday, December 18, 2008

2 Perkara Berguna

Ada sesiapa perasan yang kalau kamu hanya tonton RTM1, kamu akan dapati yang Malaysia sentiasa dalam keadaan yang tip top? Sepanjang masa, tanpa mengira sebarang masalah, skala global atau skala rantau asia tenggara, Malaysia sentiasa tip top dan hampir sempurna.


Keadaan kelam kabut di luar rumah kamu? Perarakan ribuan orang yang tak puas hati (tanpa mengira sebab)? Kalau ini berlaku dan kamu rasa takut? Cepat-cepat tukar rancangan ke RTM1, otak dan perasaan kamu akan diberi ubat. Secara automatik, kamu berasa tenang kerana sekarang kamu telah di'sedar'kan bahawa perarakan tersebut sebenarnya kecil.. cuma ada 10 peserta. Apa-apa sentimen tidak puas hati 10 orang tersebut adalah tak relevan, kamu di-assure-kan yang mereka bukannya tak puas hati tapi cuma mahu buat kacau sahaja.


Walaupun kadangkala, terasa sangat kuat unsur ke-kartun-an dalam info info yang disiarkan, tapi aku rasa kita tidak boleh pandang rendah kepada kaedah penyebaran propa... erhm... maksud aku penyebaran maklumat oleh RTM1. Kerana apa yang dilakukan siaran tersebut berkesan! Setiap kali, tanpa gagal, dari zaman hitam putih hinggalah ke zaman LCD tv, stesen tersebut berjaya menyumbat masuk info ke dalam otak orang ramai (masses) dan to a certain degree, menentukan tindakan mereka.


Apa pun yang mereka mahu siarkan, siarkanlah, aku tak berapa peduli. Tapi aku ingin mencadangkan agar ditambahkan dua lagi jenis maklumat yang aku rasa rakyat Malaysia sangat sangat perlukan.


1) Pengetahuan Asas Seks:
----------------------------


Orang Melayu Islam (dan orang-orang Asia lain juga mungkin) suka menyembunyikan perkara ini, daripada di akui yang hubungan seks berlaku dengan meluas dikalangan generasi muda, mereka lebih suka tutup mata dan berlakon tak ada apa apa berlaku. Malangnya ini bukan shampoo Johnson & Johnson, boleh setakat tutup mata dan kata "tak pedihkan mata!", ini SEKS! Seks ada akibatnya, selain dari menimbulkan kenikmatan sensual hasil sentuhan kulit dengan pasangan berlainan jantina (atau sama jantina bergantung kepada citarasa kamu), dan keenakan stimulasi bersama alat kelamin masing-masing dek pergeselan penis dengan keseluruhan dinding dalaman faraj (atau dinding dalaman rektum/kolon, juga bergantung kepada citarasa kamu) seks juga turut...jangan terkejut ya kalau kamu belum tahu...mampu menyebarkan penyakit! dan menghasilkan bayi!


STD sememangnya menyakitkan dan memedihkan (bukan pengalaman sendiri). Tapi sekurang-kurangnya ada juga peluang untuk sembuh, kalau kena jangkitan HIV pula bagaimana? Tak ada ubatnya, yang mampu dibuat cumalah melambatkan perjalanan membawa kamu ke peringkat AIDS. Peringat di mana badan sudah tidak mampu langsung melawan sebarang jangkitan, tak perlu selsema burung, selsema biasa sahaja pun sudah cukup untuk menyebabkan kematian.
Sudahlah sakit, terpaksa pula berhadapan dengan stigma masyarakat, yang awalnya tadi cuma tutup mata, tapi sekarang sudah pandai melabel AIDS sebagai Angkara Iblis Dan Syaitan. Lebih menghairankan lagi, selalunya orang yang menggunakan akronim ini jugalah yang tak pandai sebut perkataan AIDS, asyik sebut ED ED ED. ED hotak kau!


Seterusnya.
Bayi pula adalah manusia mini yang terhasil dari hubungan seks tanpa perlindungan. Hasil pancutan beritma air mani lelaki kedalam rahim perempuan yang sedang subur akan membawa kepada percantuman satu sperma (dalam setitik ada berjuta-juta) dengan ovum yang baru dilepaskan atau telah sedia ada dalam sistem pembiakan wanita. Hasil observasi aku sendiri dari membaca akhbar dan menonton berita yang tak pernah lekang dengan cerita bayi dibuang, bayi dibunuh kemudian dibuang, ibu muda bunuh diri, ibu muda kena tikam dengan teman lelaki dan lain-lain, adalah amat jelas sekali bagi aku bahawa para muda-mudi (dan juga dua tiga kerat yang sudah tua) tidak tahu asas pengetahuan tentang proses pembiakan manusia. Sungguh malang! Beratus-ratus, entahkan beribu kes penyiksaan jiwa, pening kepala, kematian, trauma dan sebagainya sebenarnya boleh dihalang sembilan bulan sebelumnya dengan hanya beberapa langkah mudah -beli kondom, sarungkan, buatlah apa yang nak dibuat, jangan tumpahkan isi kandungannya lalu ikat dan buang.
Itupun belum menjamin 100% yang manusia mini takkan dihasilkan, keberkesanan kondom cuma 80% sahaja, meningkat kepada 90% kalau spermicide digunakan. Satu-satunya langkah yang berkesan 100% adalah pengawalan diri dan tak buat hubungan seks langsung.



2) Pengetahuan Asas Nutrisi:
------------------------------


Aku rasa di Malaysia kita terpaksa menerima hakikat bahawa bahan makanan berkhasiat semuanya agak mahal (tapi boleh dielak kalau kamu pandai cari alternatif). Susu mahal, keju mahal, daging mahal, yoghurt mahal, pendek kata kalau kamu mahu menikmati satu hidangan makanan yang tinggi protien, rendah karbohidrat, dan tinggi serat, kamu terpaksa mengeluarkan lebih wang dari biasa. Aku rasa kalau diperhatikan kita boleh membuat kesimpulan ini: Diet harian biasa bagi orang Malaysia, dan Melayu khususnya, selalunya adalah hidangan berasaskan karbohidrat yang banyak + minyak dan susu pekat manis + gula sambil di selang seli dengan sedikit protien dan serat.

Tak hairanlah ramai pakcik pakcik Melayu yang umur baru mencecah 40 nampak seperti sudah lewat 50-an. Bila berjalan kaki menyeret tanah kerana nak membawa beban berat perut yang terkehadapan (perkataan ciptaan sendiri ni). Tak hairan jugalah bila kita asyik terima berita yang pakcik pakcik kita meninggal dunia kerana sakit jantung atau strok. Macam mana tak timbul masalah-masalah kesihatan begini bila amalan harian selama 20-30 tahun adalah setiap pagi melantak roti canai dan teh tarik dan di ulang lagi bila lewat malam tiba sebelum masuk tidur. Makan nasi pula setiap kali, pinggan di isi sampai kelihatan macam sebuah bukit kecil. Lauk pauk kelihatan seperti hiasan bagi nasi sahaja, itu pun digoreng sehingga menitis-nitis dengan minyak dan hilang rupa asalnya.

Aku pun makan juga roti canai dan minum teh (nescafe pilihan aku) tarik. Tapi janganlah sampai setiap hari, setiap pagi, setiap malam dan diulang-ulang sampai berpuluh tahun, itu mengundang maut namanya. Kawal-kawal lah sikit, "man man" kata orang Cina.


Haih...apa pun, aku yakin sekiranya kedua-dua maklumat yang aku nyatakan di atas di siarkan secara meluas di Malaysia, kedua-dua fenomena di atas dapat di elakkan, paling tidak pun dikurangkan dengan drastik. Kemudian barulah Malaysia akan penuh dengan pakcik-pakcik hensem bergaya dan orang muda-mudi yang gumbira.

Kamu gumbira tak?

Tuesday, December 16, 2008

Sangkaan Meleset


Sepanjang kehilangan aku dari blogosfera Malaya (kalau boleh dipanggil kehilangan lah), aku banyak menerima kiriman-kiriman emel yang tak putus putus dari para pembaca. Kebanyakannya, seperti yang kamu mungkin telah jangkakan, adalah gadis muda comel dan seksi tapi innocent, samada mereka berpakaian atau tidak ketika mengirim emel kepada aku...itu terpulanglah kepada imaginasi kamu sendiri.


Isi kandungan emel-emel yang aku terima ini semuanya hampir sama, dan aku rasa mungkin juga turut me-reflect apa yang kamu fikir tentang aku apabila aku hilang. Jadi yang paling utama, aku ingin memberitahu semua supaya tak perlu risau...ianya bukan seperti sangkaan kamu semua.


Walaupun kehilangan aku yang sekejap ini berlaku sebaik sahaja yoga diharamkan, kamu tak perlu takut atau risau, kerana aku bukanlah seperti yang ditanya-tanya dalam ratusan emel yang kamu kirimkan...


Ya! Aku bukan yoga.


Terima kasih.